Wednesday, August 15, 2012

Exco PKR kena balun dalam sesi Dialog Air Selangor 2012

Sesi Dialog Air Selangor 2012 yang dianjurkan kerajaan negeri PR Selangor nampaknya tak membuahkan hasil . Kalau selama ini sesi dialog yang mereka anjurkan dihadiri oleh penyokong2 PR , maka boleh lah sekor2 kena kencing . Kali ni yang hadir pada sesi dialog ialah pengerusi GPRS itu sendiri ,yang kita tahu dah lengkap dengan segala maklumat tentang isu air di Selangor . Si Xavier yang selama ini lantang bercakap mengenai isu air tiba2 menjadi bisu semalam dan cuba mengelak soalan-soalan panas . Kah kah kah padan muka . Berikut adalah antara beberapa petikan yang dicedok dari portal KLPos.


"Sebagai pengerusi sebuah badan NGO yang mahukan suatu rumusan dan penyelesaian disimpulkan pada sesi dialog semalam, Sohaimi berkata beliau kecewa memandangkan ahli panel yang hadir tidak berjaya menjelaskan sejauhmana krisis air yang berlaku serta jalan penyelesaiannya.

Sohaimi turut mengkritik sesi dialog yang dianjurkan sebagai satu dialog yang biasa kerana tidak banyak yang boleh diperjelaskan kepada rakyat bagi membolehkan rakyat faham bagaimana proses, tanggungjawab serta peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan dan juga agensi-agensi.

“Soalan yang dikemukakan oleh peserta juga tidak dijawab dengan tepat dan pengerusi dialog ini yang juga exco kerajaan Selangor (Dr Xavier Jayakumar) pun tidak mahu menjawab soalan-soalan tersebut sebelum menyerahkannya kepada ahli panel yang lain,” katanya. "

berita lanjut di KLPos

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu