Wednesday, August 22, 2012

Ehsan Kerajaan Pusat BN terhadap kerajaan Pulau Pinang DAP , hutang RM630 juta jadi RM30 juta.

Raya tahun ni aku balik Penang , agak lama juga tak menjejak kaki ke Penang . Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah terlalu banyak gambar pemimpin2 Pakatan yang di tampal merata-rata di seluruh pelosok Penang . Yang paling tak boleh tahan ialah gambar Anwar yang dibesarkan di antara ramai2 pemimpin Pakatan tu . Kuat sangat ke parti yang Anwar dikepalai oleh Anwar berbanding PAS dan DAP ? Setahu aku kekuatan PR itu adalah refleksi kekuatan PAS . Kalau takde penyokong-penyokong tegar PAS maka takde lah PR ini 'bergerak' .



Dalam banyak2 bill board yang menunjukkan muka2 PR di Penang ni , satu yang menarik perhatian aku ialah gambar pemimpin billboard yang menunjukkan hutang RM 630 juta dah berkurang jadi RM 30 juta . Billboard itulah yang dimomokkan kepada orang-orang Penang . Bagi yang tak tahu cerita sebenar , maka mereka akan berasa kagum yang amat dengan kebolehan regim DAP mentadbir negeri Penang. Hakikatnya, pengurangan hutang sebanyak RM 600 juta itu adalah dari ihsan kerajaan Barisan Nasional sendiri melalui pengstrukturan semula industri air di negeri itu . Hal ini dah aku ceritakan dalam posting yang lepas disini 

Projek Empangan Mengkuang yang bernilai RM 1.2 billion ini telah ditukarkan daripada pinjaman tanpa faedah kepada geran oleh kerajaan pusat Barisan Nasional melalui persefaham pengstrukturan semula industri air di negeri itu . Bila sebut geran , beerti kerajaan negeri tak perlu membayar balik apa2 dari jumlah RM 1.2 billion itu. Antara keuntungan yang diperoleh oleh kerajaan DAP Pulau Pinang atas ihsan kerajaan BN dari pengstrukturan semula industri air di negeri itu ialah ;

1. Kerajaan Pulau Pinang tak perlu bayar hutang sebanyak RM 655.24 million kepada kerajaan pusat .

2. Kerajaan Pulau Pinang dapat peruntukan/grant bernilai RM 1.2 billion untuk kerja2 upgrade empangan Mengkuang .

3. Kerajaan Pusat akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk kerja2 penambahbaikan empangan Mengkuang

4. Kerajaan negeri tak perlu tanggung beban kewangan untuk kerja2 upgrade empangan Mengkuang.

Jadi dari pernyataan no.1 di atas kerajaan pusat Barisan Nasional dah buat 'kebajikan' kepada kerajaan negeri Pulau Pinang DAP dengan meng'halal'kan hutang sebanyak RM 655.24 juta itu . Mungkin ada kira2 dalam hutang kerajaan negeri yang tak diperincikan menunjukkan jumlah hutang yang dah dilangsaikan sebanyak RM 600 juta dan hanya berbaki RM 30 juta . Jadi jelassss sangat disini , sebahagian besar dari jumlah RM 600 juta itu adalah 'ihsan' kerajan pusat Barisan Nasional . DAP ambil kesempatan ini untuk mengelirukan rakyat Pulau Pinang dengan memasang billboard yang cuba memberi gambaran mereka 'hebat' dalam mentadbir negeri Pulau Pinang . Sepatutnya di 'billboard' itu ada tambahan .. seperti "Terima Kasih BN atas ihsan kepada kerajaan negeri "

Jadi seruan ini aku panjangkan kepada jentera2 BN di Pulau Pinang supaya memberikan penerangan2 yang BERULANG KALI . Bayangkan setiap kereta yang lalu didepan billboard pengurangan hutang RM 630 juta kepada RM 30 juta itu akan 'termakan' dengan propaganda yang dimainkan oleh kerajaan DAP . Cadangan aku ialah letakkan 'banner2' yang kecil di bawah billboard ini menerangkan keadaan sebenar. Cuba buat ayat pendek yang kreatif contohnya ;

" Terima kasih kerajaan pusat Barisan Nasional kerana melangsaikan hutang RM 655.24 million kerajaan negeri dengan pengstrukturan semula industri air "

"Jasa kerajaan Pusat Barisan Nasional menanggung hutang air kerajaan negeri berjaya menjadikan hutang kerajaan negeri berbaki RM 30 juta "

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu