Saturday, August 25, 2012

Dunia iktiraf Malaysia antara terbaik dalam kawalan inflasi dan pertumbuhan ekonomi !

Dalam sibuk kumpulan Pakatan Haram mengatakan rakyat Malaysia hidup susah , hutang negara bertimbun-timbun , negara mengalami inflasi dan macam-macam tohmahan lagi yang dibuat ke atas kerajaan tiba-tiba semalam kita dikejutkan dengan satu berita . Berita ni bukan berita dari newspaper UMNO ok ,sumber berita ni datang dari majalah antarabangsa iaitu Global Finance . Menurut cerita yang dibawa oleh Global Finance , Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz diiktiraf sebagai antara peneraju bank pusat yang terbaik di dunia ! Tan Sri Dr. Zeti bukan baru dapat pengiktirafan ni tahun ni je .. tahun 2010 dan 2011 pun dia dah diiktiraf . Ok berbalik kepada persoalan yang asal, atas kriteria apa yang membolehkan Tan Sri Dr. Zeti ni diiktiraf sebagai yang terbaik ?


Menurut Global Finance , pengiktirafan dibuat berdasarkan kepada kejayaan dalam mengawal inflasi, pertumbuhan ekonomi , kestabilan matawang dan pengurusan kadar faedah. Secara tak langsung , boleh kita katakan kedudukan ekonomi Malaysia sekarang berada dalam keadaan yang mantap dan inflasi pun terkawal. Jadi cerita-cerita dongeng kumpulan Pakatan Haram mengatakan rakyat hidup dalam keadaan tersiksa tenat, Malaysia bakal bankrup dan macam-macam lagi adalah bohong semata-mata . Depa pakai mana punya pakar ekonomi ? Mat Sabu ? Mahfuz Omar ? Prfttt...

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu