Friday, August 31, 2012

Bendera Malaysia dihina kumpulan kuning "Janji Bersih" di malam sambutan kemerdekaan !

Semalam jam 9.00 pagi, aku naik 'flight' KL - Shanghai , ada keja sikit di China . Rasa 'frust'  tak dapat sambut malam ambang kemerdekaan negara yang ke-55 . Sebenarnya , kalau tak ke negara tembok besar ni . Aku cadang nak 'join' perhimpunan Janji Bersih anjuran Pakatan Haram , nak tengok apa 'beruk-2' Anwar nak buat. Khabarnya A Samad Said dan Isam Rais si penghasut nombor 1 negara ada di sana. Sampai di Shanghai ,aku cuba ON phone . Cuba nak 'roaming' , tengok kalau2 ada berita terbaru di dalam negara . Cuba punya cuba FAILED je ... emm nak buat camne , maybe Tunetalk tak support kat China kot . Tapi rasanya 'support' sebab aku dah tengok website sebelum tu . Tapi tak kisahlah , 5 jam transit kat Shanghai airport mesti digunakan sebaiknya . Yang penting internet connection , nak tahu jugak apa yang berlaku .. terutamanya pasal perhimpunan 'Janji Bersih' tu . Jadi mau tak mau , beli juga lah satu simcard China (Unicom) . Btw wifi free memang ada kat airport tu , kalau nak pakai wifi kena ada no phone China . Lepas tu dapat lah aku 'connect' dengan cyberworld ... cess , facebook diaorang sekat ke kat sini ? twitter pun sama ? sampaikan blogspot aku nak buka pun tak boleh ...adoiiii ! Pikir punya pikir , aku guna phone Blackberry , off kan phone signal tapi aku on kan wifi . Kemudian nampak lah simbol BIS tu  .. bertalu-talu email , BBM message masuk . Antaranya update rakan2 yang 'meninjau' lokasi Janji Bersih tu .. masa update tu , katanya geng2 baju kuning sedikit demi sedikit datang ke lokasi . Keadaan tak panas lagi ... Aku terpaksa offline untuk naik penerbangan seterusnya ke salah satu lagi destinasi di selatan China . Penerbangan delay , aku sampai agak lewat ke destinasi . Terus je ambik teksi .. sial kena tipu dengan ulat... ingatkan kat Malaysia je ulat teksi , aku naik kereta dia kat airport , dia bawak aku kat tempat driver2 teksi berkumpul dia suruh diaorang hantar ke hotel... RMB 300 beb , lebih kurang RM 150 utk ke hotel dari airport. Tapi memang jauh gak la .. macam dari KL ke Nilai . 

Lepas check in hotel aku terus cari internet nak tau berita , on je Blackberry dan dapat macam2 berita dari Malaysia . Rupanya-rupanya keadaan dah panas di dataran . Yang hadir Janji Bersih tu takde lah seberapa pun kalau nak dibandingkan dengan jumlah perhimpunan kat KLCC dan tempat2 lain . Yang kat Dataran Merdeka tu nak buat kacau je.. memang macam bangsat . Hati aku bertambah sakit bila tengok perangai tak semengah geng2 Janji Bersih ni bila nampak gambar PM , DS Najib dikoyak dan bendera Malaysia yang sedia ada ni dikempen supaya ditukar . Tak ke sial tu ? Nak berpolitik berpada - pada lah ! Kalau kat negara lain , orang yang hina bendera ni dah lama kena angkut . Kalau kat negara macam Korea Utara, hangpa dah kena tembak kasi mamposss ! Negara - negara yang jatuh sebab revolusi rakyat takde pun bendera mereka di tukar ? Idea celaka siapa ni ? Rakyat Malaysia yang cintakan negara , tak kira lah dari pembangkang atau penyokong kerajaan .. cuba tengok betul2 siapa yang menghasut ni ? Kalau semangat cintakan negara tinggi , orang2 yang menghasut supaya bendera ditukar ni memang siap kena belasah ! Yang si tua nak mampos Isam Rais ni dalangnya , dan ada sorang lagi politician berbangsa India, aku tak ingat nama... pun antara yang menghasut . Memang tak boleh tido semalam ... sebab hati terlampau panasss ! Polis di Malaysia terlalu baik bagi muka pada pengkhianat-pengkhianat negara ni , sampai mereka dipijak2 oleh samseng-samseng politik ni !

Berita mengenai bendera yang nak ditukar tu boleh dibaca penuh di KLPos .. fikir-fikirkan lah semula dengan siapa kita bersama ? Klik sini untuk laporan KL Pos

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu