Tuesday, August 14, 2012

Akta 114A : Orang Lain Buat Fitnah Orang Lain Yang Kena Saman ?

Ini sapa lah yang punya idea gubal Akta 114A , katanya nak elakkan dari fitnah tersebar secara berleluasa . Tapi sekarang ni banyak cara orang nak buat fitnah tambah2 lagi dengan kecanggihan teknologi maklumat sekarang. Masalah yang paling ketara aku boleh nampak dengan penggubalan Akta 114A ni ialah banyak orang akan menjadi mangsa 'sabotaj' . Katakan seorang blogger tak tulis artikel yang memfitnah , tetapi orang yang memberi komen pada artikel itu buat fitnah . Menurut Akta 114A ni , yang akan kena sama ialah si penulis blog kerana membiarkan komen2 fitnah itu tersiar . Tak ke naya tu ? Boleh jadi si penulis blog terlepas pandang komen2 yang diberikan itu . Satu contoh mudah , seorang penulis blog yang menyokong penuh dasar kerajaan , memuji segala langkah2 baik yang diambil oleh kerajaan dan sebagainya .

Tiba-tiba ada orang yang komen dalam artikel beliau itu memburuk-burukkan individu tertentu dalam kerajaan yang ternyata tidak benar . Jadi kalau mengikut Akta 114A , si blogger yang 'menjilat' kerajaan ini akan dikenakan tindakan ? Aku faham , Akta 114A ini digubal untuk 'ajar' blogger-blogger dan tukang-tukang komen di portal2 PR yang 'terlebih cerdik' . Tapi tempiasnya terkena jugak dengan blogger-blogger pro-kerajaan ni , bukan sebab kerana kami menulis cerita2 fitnah , tetapi disebabkan komen2 'panas hati' penyokong2 PR yang membaca ! Oleh itu mohon pihak-pihak berwajib kaji semula Akta 114A ini , jangan lah sesuka hati je buat akta tanpa mendapat pandangan rakyat (sekurang-kurangnya rakyat yang menyokong Barisan Nasional) . Senang je puak2 Pakatan nak jadi benda ni isu .



Satu demi satu isu yang dibangkitkan oleh PR ni dah di 'kantoi'kan oleh bloggers2 & facebookers pro-kerajaan , jangan lah sengaja cipta satu perkara yang boleh dimanipulasikan oleh mereka . Akta 114A ini bagus , cuma diharapkan rakyat diberikan kefahaman yang lebih , atau ubah beberapa perkara supaya orang yang tak bersalah jadi teraniaya. Aku tak nak sokong program2 yang dianjurkan oleh puak2 Pakatan mengenai bantahan Akta 114A ni kerana mereka hanya memanipulasi isu , apa yang aku harap sekarang ialah tindakan segera pihak2 berwajib dalam memperbetulkan semula persepsi masyarakat mengenai isu yang ditimbulkan ini . Akta 114A ni lebih kurang macam saman ekor la .. ada yang mengena , ada yang teraniaya.

1 comments:

Ramai yang keliru dengan maksud pindaan pada 114a Akta Keterangan dan tidak kurang juga yang menangguk di air keruh dengan mengelirukan lagi keadaan terhadap orang yang agak jahil pengetahuan undang2. Maka ada juga cuba nak jadi hero seolahnya mereka pun arif berkenaan pindaan tersebut seolahnya mereka juga arif dalam undang2 dan mempunyai kelayakan undang2.
Andaian dalam matapelajaran keterangan (Evidence law) ada 3 tahap (i) andaian muktamad (ii) andaian undang2 yang boleh disangkal (iii) andaian fakta [may).
Andaian fakta adalah andaian yang paling rendah dmana hakim mempunyai budubicara (may) untuk menerima pakai atau tidak berbanding andaian undang2 seperti mana-mana orang yang memiliki dadah tanpa sah dengan jumlahnya melebihi kadar yang ditetapkan, maka andaian undang2 adalah dia mengedar dadah tersebut dan hanya dapat dipatahkan dengan membawa bukti pada tahap imbangan keberangkalian. Makanya andaian fakta pada seksyen 114 Akta Keterangan ini bukannya sesuatu yang perlu diributkan kerana penghjungnya hakim yang memutuskan untuk menerimanya atau tidak. Penghujungnya, OKT tidak akan disabitkan dengan pertuduhannya jika pendakwa gagal membuktikan kesnya pada tahap tanpa keraguan yang munasabah i.e. lebih tinggi dari pada tahap imbangan kebarangkalian.

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu