Sunday, July 22, 2012

Versi Peristiwa 13 May Pakatan Rakyat ?

Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat kerap mengatakan versi penceritaan peristiwa 13 May , hanyalah rekaan UMNO semata-mata . Pemimpin-pemimpin mereka yang hidup pada ketika itu tentulah tidak akan mengaku dan menceritakan perkara yang sebenar berlaku pada 13 May 1969 . Generasi muda yang menyokong kumpulan Pakatan Rakyat juga diracuni dengan sentimen yang serupa . Kononnya pada ketika itu tidak ada internet, handphone dan sebagainya jadi rakyat tak tahu apa hal sebenar yang berlaku . Malah bukti2 bergambar pada ketika itu mungkin juga dikatakan penipuan UMNO semata-mata .


Pemimpin seperti Lim Kit Siang tentulah gembira dengan perkembangan terbaru sebegini , kerana masa perkara-perkara silam yang dilakukan beliau 'hilang' begitu saja . Secara peribadi ,cerita mengenai peristiwa 13 May yang berlaku  disampaikan pada generasi seterusnya melalui orang-orang tua yang mengalami sendiri peristiwa itu . Dan apa yang diceritakan adalah konsisten dengan apa yang diceritakan dari arkib negara Malaysia . Mereka mengalami sendiri perkara itu , malah bukti bergambar perarakan 13 May juga menunjukkan siapa yang mula-mula bertindak mencetuskan provokasi .


Aku tulis berkenaan hal ni pagi-pagi ni sebab mendidih sikit darah bila baca komen2 di Malaysiakini tentang 'review' filem Tanda Putera . Pengarah filem Shuhaimi Baba pula yang di'balun' oleh puak2 pembaca tegar Malaysiakini . Malah ada yang meminta supaya Namewee membuat filem 13 May versi Pakatan . Dari komen-komen yang dibuat oleh puak2 ini nampak benar mereka begitu berani sekali mengeluarkan komen2 provokasi . Berani mungkin hanya kerana di'selamat'kan oleh medium yang bernama internet . Puak-puak ni semakin berani kerana mereka rasakan ada sokongan orang2 Melayu yang 'tak kolot' .


Aku sendiri tak dilahirkan di muka bumi ini semasa peristiwa 13 May berlaku , tapi aku yakin suasana ketika itu pasti amat menakutkan kerana nyawa seolah-olah tak berharga lagi . Perkataan 'amok' berasal dari bahasa Melayu , ada sebabnya mat saleh pinjam perkataan 'amok' ni dalam perbendaharaan mereka . Peristiwa 13 May ialah contoh bagaimana Melayu amok . Ramai yang yakin peristiwa ini mungkin tak akan berulang lagi dengan kematangan fikiran dan perkembangan teknologi maklumat. Tapi adakah dengan dasar keyakinan ini perkara2 yang boleh mencetuskan hal sebegini dipermain-mainkan lagi ? Pada aku hentikan lah provokasi-provokasi tak bermaruah yang seolah-olah cuba melihat takat kesabaran dan toleransi. Kalau dah bermula, memang susah nak hentikan dan mengambil masa yang agak lama untuk membina semula keyakinan pelabur.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu