Friday, July 13, 2012

Trinity Group pun jadi 'mangsa' Trinity Corporation (Talam Corp)


Reputasi buruk Talam Corp yang kini dikenali sebagai Trinity Corp nampaknya bagi tempias atau menyusahkan sebuah syarikat pembangunan hartanah iaitu Trinity Group Sdn Bhd . Dari satu sidang media yang dibuat baru-baru ini Trinity Group Sdn Bhd telah menafikan bahawa syarikat itu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Trinity Corp. Pengarah Urusan, Trinity Group, Datuk Neoh Soo Keat berkata , berita mengenai pelupusan hutang Trinity Corp kebelakangan ini telah menimbulkan kekeliruan dikalangan klien2, rakan perniagaan, rakan kongsi dan masyarakat umum terhadap syarikat itu. Menurut beliau lagi, Trinity Group mengalami kerugian yang teruk pada tahun lepas disebabkan kekeliruan nama syarikat. Trinity Group juga telah memfailkan saman pada Trinity Corp pada November 2011 , perbicaraan berakhir pada 17 May 2012 , dan sekarang ni menunggu keputusan hakim.


Gambar di atas adalah logo Trinity Corp , kenapa 'Formally know as Talam' bukan 'Formerly known as Talam' ke ? Mungkin maksud logo tu walaupun nama syarikat ialah Trinity Corporation Berhad , secara 'rasmi' masih tetap menggunakan nama Talam Corp Berhad . Hehehe ? Logo 'company' pun dah ada 'masalah' ini kan pulak soal-soal dalaman .

1 comments:

Macam nama Gereja Trinity je!!!! Syarikat ni milik orang DAP ke?

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu