Monday, July 9, 2012

Tak serik kena penumbuk, Dong Zhong buat hal lagi ?

Melalui rujukan dari beberapa blog, dikatakan Dong Zhong mula menunjukkan sikap besar kepala mereka apabila menuntut hak samarata Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin ? Pada aku bahasa adalah bahasa , apa kena mengena dengan kesamarataan ? Kita bercakap dalam bahasa yang difahami oleh kelompok kita sendiri . Kalau kelompok lain tak faham bahasa yang kita guna sesama kelompok kita , maka kita akan bercakap dalam satu bahasa yang difahami kedua-dua kelompok ,iaitu bahasa rasmi yang boleh difahami semua orang.

Dalam konteks Malaysia, bahasa rasmi negara ini ialah Bahasa Melayui dimana setiap rakyat Malaysia diandaikan boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Adakah permintaan Dong Zhong mahu kesamarataan bahasa Mandarin dan bahasa Melayu kerana mereka juga mahu menjadikan bahasa Mandarin sbg bahasa rasmi? Apabila ini berlaku segala urusan rasmi boleh dilakukan dalam dwi bahasa, jadi bagaimana nak mewujudkan perpaduan di antara kaum kerana permintaan Dong Zhong ini sebenarnya menambah lagi satu tembok penghalang perpaduan kaum.

Pada masa sekarang , tak ramai masyarakat Cina di Malaysia fasih berbahasa Mandarin, permintaan Dong Zhong seolah-olah menyusahkan masyarakat Cina Malaysia itu sendiri, sedangkan pada masa sekarang pun ada dikalangan mereka yang tidak fasih berbahasa Melayu. Kalau kesamarataan bahasa ini diwujudkan adakah ketidakfasihan segelintir masyarakat Cina berbahasa Melayu akan selesai?

Mungkin tidak, malah mungkin juga akan ada masalah komunikasi antara kaum. Oleh itu, permintaan pertubuhan racist seperti Dong Zhong ini tak perlu dilayan,masyarakat Cina di Malaysia dah ada identiti sendiri dan tak perlu lagi berkiblatkan negara Cina seperti zaman Parti Komunis Malaya dahulu.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

1 comments:

Why not they all balik China saja...?

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu