Thursday, July 26, 2012

Tahap kemakmuran negara dinilai dari kecantikan logo hari merdeka? Makin 'lawa' logo makin makmur negara?

Beberapa hari ni, sibuk je orang bercerita pasal logo merdeka 2012. Aku tertanya buruk sangatkah logo tu ? Hingga dijadikan isu? Bila aku google, baru aku faham kenapa soal logo untuk merdeka dijadikan isu. Secara peribadi, aku rasakan logo tu memang tak berapa cantik dan design agak simple + 'crowded' . Itu komen ikhlas aku je la. Tapi hakikatnya, pada setiap tahun bila hari kemerdekaan negara nak disambut, aku tak berapa ambil kisah pun dengan logo atau tema hari kemerdekaan pada tahun itu.

Pada aku yang penting,negara dalam keadaan aman damai, ekonomi negara baik, dan kerajaan yang sentiasa prihatin dengan kehendak rakyat. Datuk Seri Najib , dah melakukan yang terbaik hanya dalam tempoh beberapa tahun peralihan kuasa. Biarlah nilai dan nikmat kemerdekaan itu dirasai dan dihayati dengan usaha2 kerajaan dalam meringankan beban hidup rakyat dan bukan dari logo2 semata-mata . Pelik juga dengan sikap orang Malaysia yang suka sangat melayan dengan perkara remeh temeh.

Apa lah nak dimalukan sangat dengan negara2 luar dengan 'kecantikan' logo merdeka tahun ni ? Sepatutnya lebih malu kerana dalam negara kita ada pemimpin politik hipokrit yang tak reti berundur walau dihujani dengan pelbagai skandal moral.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu