Monday, July 30, 2012

Sikap talam 2 muka Lajim Ukin didedahkan blogger !

Sikap talam 2 muka Lajim Ukin didedahkan oleh Papagomo hari ni . Agak menarik pendedahaan yang dilakukan , secara tak langsung menunjukkan sifat manusia yang sering berubah-ubah demi kepentingan diri sendiri . Selepas pendedahan yang dibuat oleh Papagomo ni , aku pasti Lajim Ukin mungkin menafikannya , hal yang tiada rakaman video dan audio semua orang pun boleh buat tuduhan melulu . Walau bagaimanapun, terfikir juga kenapa dari dahulu lagi Lajim Ukin tak buat keputusan keluar parti ni ? Adakah ini jenis manusia yang berprinsip ? Pendapat aku , Lajim Ukin pada awalnya merasakan kredebiliti Anwar Ibrahim pasti jatuh teruk dengan kes liwat 2 , sebaran video dan sebagainya , oleh itu berada dalam kem BN adalah berada dalam kem yang 'selamat' .


Namun setelah beberapa ketika , penyokong2 taksub tidak mempercayai kes2 moral Anwar tambahan pula beliau dibebaskan oleh hakim untuk sebab teknikal bagi kes liwat 2 , dan terbaru demonstrasi Bersih 3.0 , Himpunan Hijau , Jingga dan sebagainya menampakkan sokongan ramai terhadap Anwar walhal muka-muka yang sama saja yg jadi peserta perhimpunan. Lajim Ukin mungkin merasa tidak selamat sekarnag berada di kem BN , jadi untuk memastikan beliau terus memegang mana2 portfolio kuasa jadi 'lompat' adalah pilihan terbaik. Namun apa akan jadi sekiranya Pakatan tersungkur ? Adakah Lajim Ukin akan buat press conference menyatakan semula sokongan beliau terhadap Barisan Nasional ?

Berikut adalah tulisan Papagomo mengenai pengalaman beliau bersama2 Lajim Ukin semasa PRN negeri Sawrawak .

"Lajim Ukin sendiri mengesahkan bahawa Anwar Ibrahimlah perosak UMNO dan memang tepat tindakan Tun Mahathir memcat Anwar Ibrahim. Malah Lajim Ukin juga mengakui betapa rakusnya Anwar Ibrahim sehingga meluluskan perjudian di negeri Sabah sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Keewangan dan Timbalan Perdana Menteri."

seterusnya

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu