Saturday, July 7, 2012

Sifat 'Zuhud' bukan ala PAS CEO Air Asia akhirnya membuahkan hasil !

Laporan terbaru 'Top Performing Airlines' yang dikeluarkan oleh Aviation Week pasti membanggakan rakyat Malaysia . Syarikat yang 'low-profile' dan terkenal dengan tagline 'Now Everyone Can Fly' sekali lagi menggemparkan industri penerbangan sedunia apabilaa muncul sebagai terbaik dalam senarai top ten yang dikeluarkaan oleh majalah Aviation Week . Air Asia juga muncul yang terbaik untuk kategori syarikat penerbangan berskala kecil yang menghasilkan pendapatan USD250 million hingga USD2 billion. Tahniah diucapkan kepada DS Dr. Tony Fernandez kerana berjaya membawa syarikat penerbangan ini hingga ke tahap yang amat membanggakan . Sesiapa yang pernah masuk pejabat Air Asia tentu tak sangka tempat duduk CEO yang hebat ni hanyalah dalam sebuah cubicle .Memang selambar ,kalau tak percaya gambar di bawah ni mungkin boleh dijadikaan rujukan .




Namun malang sekali bagi satu lagi syarikat penerbangan negara iaitu MAS , yang menduduki senarai tercorot . Nak kata apa lagi , Tun Dr. Mahathir sendiri pernah cakap gaya pengurusan syarikat ini agak 'mewah' hingga menyebabkan kerap kali berlaku kerugian. Disebabkan sudah biasa di'manja'kan staf2 MAS mungkin tak biasa dengan layanan yang diberikan semasa 'share-swap deal' yang berlaku antara MAS dan Air Asia pada satu ketika dahulu . Dengar cerita dan kabar angin , kesatuan pekerja MAS menentang dan menimbulkan pelbagai kerenah , betul ke ni ? Pernah juga .aku buat posting2 mengenai MAS worker union ugut nak undi PR akibat dari 'share-swap-deal' ni . Benar atau tidak tak tahulah... aku tanya jah ni .

1 comments:

Aku tak suka nak burukkan Mas tapi Mas memang bukan business oriented. Kalau dulu pegawai Mas yg di overseas (skarg tak tahulah), kerjanya makan angin terbang sana sini, rumah pun duduk dlm condo mewah. Jabatan negara yg lain sibuk promosi atau cari pelaburan tapi pegawai Mas sombong, tak join. Bila Airasia masuk, apa lagi, Jabatan tu semua buat dgn Airasia dan ada yg sanggup buat dgn airlines negara lain sebab frust dengan sikap pegawai Mas. Mas makin ketinggalan jauh. Cerita ni semua org dlm industri tahu tapi ibu pejabat Mas mungkin tak mahu ambil kisah sebab mereka pun duduk atas kerusi empuk dan bilik besar. Ingatkan dulu bila tukar share dan pengurusan baru mungkin Mas dapat dimajukan tapi pekerja Mas tak mahu dan ugut kerajaan. Sayang seribu kali sayang.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu