Saturday, July 21, 2012

Selepas Hadi Awang, Karpal Singh 'sound' Nasruddin Tantawi Pulak ?

Tadi semasa aku dengar petikan debat Ketua Pemuda PAS Nasruddin Tantawi dengan Ustaz Fathul Bari , ada dia menyebut Karpal Singh boleh berkompromi dengan hukum hudud . Aku yang dengar pun tekejut la juga , orang macam Karpal Singh boleh tukar pendirian secara tiba2 . Mentang2 lah kabar angin mengatakan Karpal Singh tengah sakit , jadi lebai2 PAS ni sesuka hati je menyelewengkan fakta semasa berdebat . Orang selalu kata bila dah nak kalah debat , orang yang nak kalah tu selalu berbohong . Itu lah yang berlaku pada Ketua Pemuda PAS , banyak hujah2 beliau senget dek libasan hujah-hujah kukuh dan mantap dari Ustaz Fathul Bari .


Amat dikesali sekali bila hujah2 Nasruddin Tantawi sampai 'berbuih' mulut sambil diselang-seli dengan ayat2 Al-Quran akhirnya diselitkan juga dengan penipuan-penipuan . Penyokong2 pula bersorak-sorak kegembiraaan bila mendengarkan penipuan-penipuan itu seolah-olah merekalah juara debat . Malang sekali nasib Nasruddin , seperti mentornya Hadi Awang , Nasruddin juga di 'jerkah' oleh Karpal Singh . Karpal Singh dalam petikan akhbar mengatakan beliau tidak sama sekali akan berkompromi dengan hukum hudud seperti yang didakwa oleh Nasruddin . Adakah ini yang dinamakan menang sorak kampung tergadai ?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu