Monday, July 9, 2012

'Saintis' Anti Lynas VS Saintis Akademi Sains Malaysia

Nampaknya kumpulan anti-Lynas dah hilang punca bila dakwaan saintis2 dari Akedemi Sains Malaysia pun dibidas. 'Saintis' anti Lynas ni kata 'processing plant' di Peranchis tak sama dengan 'processing plant' di Gebeng . Di Peranchis, sisa pemprosesan tak dilonggokkan di dalam plant tapi ada tempat yang dikhaskan jauh dari plant. Manakala Lynas pula sisa dilonggokkan dalam plant.

Tapi mungkin 'saintis'2 anti Lynas ini lupa bahawa kilang di Peranchis memproses 'monozite' seperti Bukit Merah, Lynas pula memproses 'tanah jarang' yang 37 kali lebih rendah kadar radioaktifnya. Keradioaktifan Lynas datang dari Thorium yang sangat stabil manakala keradioaktifan kilang La Rochelle di Peranchis berpunca dari Radium yang tak stabil.

Separuh hayat (half life) bagi Thorium ialah 14.05 billion tahun. Manakala separuh hayat bagi Radium ialah 1601 tahun. Lebih rendah separuh hayat bagi unsur radioaktif maka ia lebih merbahaya . Disebabkan itu lah sisa dari kilang La Rochelle dihantar jauh dari tapak kilang. Perbezaan yang amat ketara dari 'half life' kedua-dua unsur menunjukkan sisa dari kilang Lynas tak merbahaya malah boleh dianggap seperti batu yang biasa.

Dakwaan mengatakan kerajaan Australia tak membenarkan kilang pemprosesan tanah jarang di negara itu jugak tak betul sebab ada kilang pemprosesan tanah jarang dinegara itu , dekat je dengan bandar Arafura.

Komen seorang pembaca Malaysiakini agak melucukan apabila mengatakan kumpulan anti Lynas seolah-olah dah tersimpang jauh dari perdebatan. Sesiapa saja boleh jadi 'saintis' untuk 'support' apa yang mereka perkatakan... Ini lah yang dikatakan buta perut takde akai, bodoh sombong tak boleh nak diajar!
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu