Friday, July 20, 2012

Rafizi terdesak nak 'up' lagi isu LRT , kali ni berlagak sebagai 'Safety Officer' ?

Kupasan yang dibuat oleh blogger Malay Delima agak menarik mengenai fitnah Rafizi tentang projek pembinaan LRT Ampang yang dikatakan mendapat campur tangan Perdana Menteri dalam menganugerahkan projek itu kepada syarikat George Kent . 'Spin' Rafizi ini pernah aku huraikan sebelum ini di sini , penjelasan yang lebih 'detail' dibuat oleh Melayu Atas Pagar di sini sini . Bila Rafizi mengatakan George Kent tiada pengalaman dalam pembinaan rel landasan LRT , adakah beliau sedar bahawa projek ini adalah projek kerjasama sebab itulah dinamakan Konsortium George Kent yang juga terdiri dari China Railway Construction dan Tewet GmBh. Jadi tak timbul soal Konsortium George Kent tiada pengalaman sebab pembinaan itu juga melibatkan China Railway Construction, yang sudah semestinya mempunyai pegalaman yang luas dalam pembinaan trek landasan keretapi, lihat saja jaringan landasan keretapi di China.



Perkara-perkara yang remeh yang cuba dibangkitkan oleh Rafizi terlebih dahulu diteliti oleh kerajaan dalam pemilihan kontraktor-kontraktor yang layak . Senarai nama syarikat konsortium yang tersenarai bukan lah calang-calang dan masing-masing mempunyai kepakaran tertentu, jadi atas kapasiti apa Rafizi mengatakan projek ini tidak selamat ?

Berikut adalah beberapa komentar dari blog Malay Delima ;

" Isu keselamatan ini telah dibangkitkan sebelum ini dalam tuduhan pertama, kononnya kerana Perdana Menteri campur tangan dalam soal penganugerahan projek ini, ia tidak selamat kerana syarikat George Kent itu tidak mempunyai pengalaman membina projek LRT atau yang seumpama dengannya sebelum ini. Tapi ia tidak begitu dibesar-besarkan sangat kerana sasaran sebenarnya ialah PM kerana kononnya campur tangan dalam soal penganugerahan kontrak."

seterusnya

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu