Tuesday, July 31, 2012

Puak-puak lebai PASs terus 'dimalukan' Karpal Singh mengenai hudud dan negara Islam

Karpal Singh bersuara lagi , lebai2 PASs terus dimalukan . Boleh agak hati lebai-lebai ni mendidih kerana pandangan mereka terus diperlekehkan . Tapi apa kan daya , masing2 terlalu berat mulut untuk bersuara . Yang bersuara pun hanyalah pemimpin kecil-kecilan dan penyokong2 taksub . Pemimpin2 atasan seperti Nik Aziz dan Hadi Awang yang pada satu ketika dulu cukup gah dengan konsep hududnya terus dilihat membisu. Masing-masing cuba 'menipu' diri sendiri dan pengikut-pengikut yang mengikuti ceramah apabila berkata Karpal Singh akan faham dan terima juga konsep hudud akhirnya .



Sebenarnya bukan hanya Karpal Singh yang perlu mereka yakinkan malah ramai lagi pemimpin2 DAPs contohnya Lim Guan Eng dan lain2 lagi . Dalam satu ceramah Lim Guan Eng berulang-ulang kali mengatakan yang penting rasuah dapat dikurangkan dan soal hudud tak harus berbangkit . Mungkin berasa tidak yakin dengan kemampuan parti sendiri , pemimpin PASs terus membiarkan parti itu diperkudakan oleh PKRs dan DAPs sedangkan penggerak Pakatan sendiri ialah penyokong2 tegar PASs . Kita lihat saja sampai bila perkara ini akan berterusan . Ada eloknya juga dibiarkan menjadi kudis supaya boleh jadi pengajaran di kemudian hari ..


Karpal: Ikut muktamar lalu, PAS pilih negara Kebajikan

"Pengerusi DAP Karpal Singh berkata sebarang cubaan PAS sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas.

Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.

"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguanpun bahawa PAS telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. PAS, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataann semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.

Karpal berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan PAS mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.

Karpal berkata Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.

"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.

Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.

"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal.

- Bernama "

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu