Monday, July 23, 2012

Pengakuan Farith Ismeth difitnah 11 tahun oleh lebai-lebai bertanduk !

Berita yang diterima hari ni betul-betul menggemparkan ! Pengakuan Farith Esmith Emir pembaca berita RTM yang cukup popular dengan 'slang' ala erebnya mengatakan bahawa tuduhan beliau merupakan (bekas) suami ke-2 Datin Seri Rosmah adalah fitnah dan tohmahan jahat puak-puak Pakatan Haram semata-mata ! Sememangnya apa yang digembar-gemburkan oleh puak-puak Pakatan Haram berjaya kerana cerita ini disampaikan oleh bekas boss aku sendiri yang berbangsa Cina lebih kurang 4 tahun lepas  . Dia bagitau aku , dia dapat cerita ni pun dari mulut ke mulut . Rupa-rupanya persepsi ini dimainkan dah lama sangat , betul lah kata Farith bahawa cerita ni dah berlanjutan hingga lebih kurang 11 tahun lamanya .


Entah siapa yang memulakan fitnah ini semoga orang tu dapat hukuman yang sewajarnya. Apa yang pelik ialah , orang ramai yang menerima berita itu membabi buta percaya tanpa soal selidik yang lebih mendalam. Mungkin perkara ini hanya 'cakap-cakap kosong saja' dan bukan isu negara jadi tiada yang tampil untuk membetulkan persepsi masyarakat umum. Walau bagaimanapun , imej Datin Seri Rosmah tercalar dengan teruk sekali akibat dari persepsi yang dimainkan ini. Mujurlah ada video pengakuan dari Farith sendiri , semoga yang membuat fitnah dan menyebarkan fitnah bertaubat dengan segera !

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu