Monday, July 16, 2012

PAS tentang penyenaraian FGVH, tapi PAS Kedah tetap 'sapu' saham FGVH

Masa aku ke 'cover' perhimpunan Oren Sabtu lepas (14/7/2012) , boleh kata ramai yang join perhimpunan tu adalah lebai2 PAS . Sikit-sikit takbirrrrr , berulang-ulang kali . Memang tahu dah dia punya 'trademark' malah yang tukang bagi memorandum tu pun lobai PAS yang 'loose' sarbannya iaitu Abe Sabu 'phones*x' . Dalam ucapan Abe Sabu dia ada kata , media-media UMNO akan kata PAS di sebalik penentangan penyenaraian FVGH ni dan dia kata memang betul pun dan PAS bangga sebab bela nasib anak2 FELDA , anywayy....berita yang aku dapat semalam menyerlahkan 'kemonapekan' lobai2 PAS (pinjam ayat Azhar Idrus) . Diberitakan PKNK telah membeli 500,000 unit saham yang FGVH itteww.. PKNK ialah singkatan bagi Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah yang ditadbir oleh PAS . Diaorang apply 1 juta unit tapi MITI cuma release 500,000 unit saja pada nilai IPO iaitu RM4.55 per unit. Rasanya ada lagi kera2 Pakatan yang berebut-rebut beli saham FGVH ni cuma masing2 'coverinna' . Tersangatlah 'inconsistence' .


Pembelian saham FGVH ni pun nampaknya menimbulkan kemarahan 'sesetengah pihak' di Kedah mempertikaikan tindakan MITI 'approved' 500,000 unit saham kepada PKNK milik negeri Kedah bawah pentadbiran PAS sedangkan saham2 ini patut disalur pada orang2 yang 'layak' menerima . Aku tak nak define lebih-lebih apa maksud 'layak' tu , tapi kalau tindakan ini dilakukan oleh MITI maka inilah yang dinamakan mengamalkan kronisma secara terbuka , mujurlah MITI bersikap adil dan tindakan 'pihak-pihak' yang mempersoalkan tindakan MITI malah mengkambinghitamkan Mukhriz sebagai Timbalan Menteri MITI amat dikesali . Why Mukhriz sebagai Timbalan Menteri dan bukan Mustafa Mohammed sebagai Menteri yang dihentam ??? Boleh agak lah kan. ... ini yang dinamakan politik dalaman, sebab Mukhriz ahli parlimen di Jerlun, Kedah...jadi mungkin ada sesuatu yang dirisaukan pihak2 tertentu. Anyway..tolonglah , demi untuk PRU-13 yang akan datang, hentikanlah politik2 sebegini yang hanya menunjukkan kepincangan di pihak BN.


Dalam posting yang lepas aku ada tulis macam ni "Keyakinan terhadap penyenaraian Felda ini juga ditunjukkan melalui initial public offering (IPO) yang pada mulanya ditawarkan pada 72.963 juta (36.48 juta bumi & 36.48 juta public) tetapi jumlah permohonan sebanyak 58,562 untuk 565.4million share menjadikan ia lebih sebanyak 6.75 kali dari IPO yang ditawarkan. 21,829 permohonan diterima dibawah bahagian yang dikhaskan untuk bumiputera manakala 36,706 permohonan di bawah bahagian awam ." . Tawaran IPO untuk bumi 36.48 juta , permohonan yang diterima 21,829 juta . Tak cecah pun 36.48 juta ... ada 'balance' banyak lagi (sumber)

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu