Tuesday, July 17, 2012

MB dan exco sama-sama bodoh sombong! Air dah naik kepala ?

Hari ni kita cerita pasal air lagi. Kali statement twitter Xavierjayakumar , Exco Kerjaan Negeri Selangor. Dia kata SYABAS tak boleh gunakan alasan krisis air berlaku sekarang pada tahun 2012 , ini disebabkan Loji Langat 2 dijadualkan siap pembinaannya pada 2014. Boleh tersedak baca statement dari sorang Exco yang ada title Dr di depannya. Maksudnya tak semua yang ada title Dr mempunyai kemahiran untuk menganalisis dengan baik.

Bila Xavier buat kenyataan macam tu,beliau bersetuju kemungkinan krisis air akan berlaku pada 2014 dan SYABAS hanya boleh guna alasan krisis air lagi 2 tahun. Kelakar kan ? Hal-hal berkenaan dengan krisis sukar diduga, manusia hanya boleh buat plan mitigasi sekiranya krisis berlaku. Projek Langat 2 ialah pelan mitigasi itu.

Manusia tak tahu apa akan berlaku dan bagaimana ia akan berlaku kerana kita berurusan dengan kuasa alam, manusia hanya boleh buat jangkaan saja, malah kajian dari AWER juga mengatakan krisis mungkin berlaku lebih awal dari tahun yg diramalkan iaitu 2014. Kenapa boleh berlaku lebih awal ? Antara satu sebab ialah kesemua 32 buah loji sekarang beroperasi pada kapasiti 110% sebab nak pastikan bekalan cukup.

Tapi apa akan berlaku apabila keupayaan sesuatu mesin itu digunakan secara berlebihan dari yg sepatutnya ataupun 'overloading'. Bila hal ini berlaku, maka mesin2 yg beroperasi terdedah kepada kerosakan. Paling tak pun dalam instilah kejuruteraan, kecekapan atau 'efficiency' mesin akan berkurang dan jangka hayat makin pendek. Bila 'efficiency' kurang, maka kurang jugalah output .

Katakan bila 'efficiency' mesin 100% keluarkan 1 juta meter padu air terawat dalam tempoh sehari, kalau 'efficiency' mesin berkurang hingga 50% (disebabkan overloading) maka pengeluaran akan jadi 500k meter padu sehari . This is domino effect , one thing lead to another..end of the domino will be disastrous !
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu