Tuesday, July 3, 2012

Lebih Banyak Syarikat Seperti Petronas dan Air Asia melalui Pengumuman Dana RM1 Billion

Pengumuman yang dibuat oleh PM hari ni (3/7/2012) mengenai dana strategik pelaburan domestik RM1 billion menunjukkan betapa seriusnya kerajaan nak membantu industri2 di negara ini . Tujuan dana ini adalah untuk meningkatkan penyertaan syarikat2 Malaysia di peringkat global . Dengan dana ini tak mustahil satu hari nanti banyak produk syarikat2 tempatan lebih dikenali di luar. Dana akan diuruskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) . Tiga asas utama dana ini diwujudkan adalah untuk :-


i. Mengambil peluang-peluang yang diwujudkan oleh syarikat2 multinasional yang beroperasi di Malaysia
ii. Mempertingkatkan penguasaanteknologi yang ada pada syarikat milik tempatan .
iii. Menjadikan syarikat milik tempatan berdaya saing di pasaran antarabangsa melalui persijilan yang diiktiraf terutama dalam industri strategik. 


Industri strategik ialah industri-industri penting dalam sesebuah negara untuk perkembangan ekonomi negara itu. Lain2 maklumat berkenaan industri strategik di sini . Contoh2 industri strategik di Malaysia ialah petroleum, pengangkutan, pertanian , elektronik dan perkilangan. Oleh itu , dana yang diwujudkan ini diharapkan dapat melahirkan lebih banyak syarikat tempatan yang aktif di peringkat antarabangsa seperti Petronas dan Air Asia . 

Walau bagaimanapun , aku yakin akan ada suara2 sumbang iri hati yang sekarang ni barangkali tengah merangka fitnah2 . Skrip yang sama mungkin akan digunakan iaitu dana untuk syarikat kroni , pemberian dana tak telus , dana diseleweng , membazir dan sebagainya . Apa pun fitnah yang bakal dihadapi, majoriti rakyat lebih bijak menilai samada mereka hendak mempercayai kemahiran Perdana Menteri Malaysia yang memperoleh ijazah dalam bidang ekonomi atau pun seorang 'drama queen' yang memperoleh ijazah am dalam bidang pengajian melayu.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu