Sunday, July 8, 2012

KWSP kini makin tenat dah parah ? Terbaru aset luar negara diambilalih !


Pelbagai tuduhan di buat oleh pemimpin2 'Pakatan Haram' mengenai kononnya terdapat penyalahgunaan Wang KWSP rakyat sedangkan penggunaan wang KWSP adalah untuk urusan2  yang boleh memberikan keuntungan kepada badan itu sendiri serta pembangunan negara . Terbaru , KWSP bersama-sama dengan Sime Darby dan SP Setia telah mengambil alih ikon London , iaitu Battersea Power Station pada nilai 400 juta pound atau RM 1.97 billion. 40% pegangan masing dikuasai oleh Sime Darby dan SP Setia manakala baki 20% dikuasai oleh KWSP . Syarikat kerjasama itu , Battersea Project Holding Company (BPHC) merancang untuk melaksanakan plan pembangunan di tapak Battersea . Lot-lot penempatan awam dan komersil akan dibangunkan, manakala struktur ikon disitu iaitu kilang janakuasa akan dikekalkan dan melalui proses pemuliharaan. Anggaran kasar nilai bagi pembangunan (Gross Development Value, GDV) di kawasan ini ialah 8 billion pound dalam tempoh 15 tahun . (sumber)


Jadi dakwaan wang KWSP di salahgunakan adalah berdasarkan andaian dangkal pemimpin2 'Pakatan Haram' . Segala pelaburan dan pinjaman yang diluluskan oleh KWSP sudah semestinya melalui satu kajian analisis risiko . Kalau ada masalah dalam permohonan pinjaman dan pelaburan sudah semestinya wang tak akan dikeluarkan oleh KWSP . Sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab menguruskan wang persaraan rakyat , pelaburan2 yang dilakukan oleh KWSP adalah untuk menambah nilai simpanan itu sendiri , disebabkan itulah KWSP mampu untuk memberi faedah kepada penyimpan2 . Jadi betul ke wang rakyat habis dikerjakan kerajaan BN ? Duit berbillion-billion dalam simpanan takkan nak biar statik je sampai 30 tahun ? Baik simpan bawah bantal je ..

1 comments:

pembangunan hartanah,ingatkan pemilikan teknologi baru, janakuasa dari sumber bakar air( h2o) hidrogen.Pembangunan hartanah kat malaysia lgi menarik.Kenapalah tak belajar dr sepanyol krisis hutang sampai merudum nilai hartanah kat sana.Kat malaysia lagi cantik dan menarik serta murah.Orang kaya eropah yg kaya raya yg mengalami krisis hutang, nak duduk kat batersea ker?Patutlah BN kalah undi popular.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu