Saturday, July 7, 2012

Kerja Bertangguh Punca Rasuah - Dr. Mahathir

Satu peringatan terutama pada kakitangan awam iaitu buat kerja jangan bertangguh. Kerja yang diamanahkan harus disiapkan dalam tempoh yang ditentukan. Jangan buang masa berborak di pantry atau kantin2 . Malah pernah aku tengok kakitangan awam disebuah negeri ni ada masa utk ke salon rambut yg kebetulan ada di bangunan yang sama dipejabat agensi kerajaan negeri itu.

Bila bertangguh akan ada macam2 masalah akan timbul, pelanggan nak cepat tapi kerja tak siap, jadi untuk menyegerakan proses maka akan ada unsur2 rasuah. Ini bukan aku kata, ini ex PM Tun Dr.Mahathir yang kata baru2 ni (4hb July 2012). Apa yang Tun katakan itu memang betul, sikap buruk diri sendiri yang suka bertangguh akhirnya mendatangkan permasalahan yang lain,iaitu korupsi . Bila kakitangan awam dah korup alamatnya negara lama-kelamaan akan runtuh !

Dr.M juga sarankan supaya rakyat lebih sayangkan negara dari sayangkan diri sendiri. Bila ada perasaan sayangkan negara yang menebal dalam diri setiap rakyat, secara tak langsung negara akan menjadi lebih makmur apabila rakyat kuat berusaha demi pembangunan negara contohnya rakyat Jepun dan Korea Selatan. Mungkin atas sebab ini lah Dr.M perkenalkan Dasar Pandang ke Timur satu ketika dahulu.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu