Sunday, July 29, 2012

Kerajaan Selangor bakal berhutang RM 2.8 billion lepas ambil alih SYABAS ?




SYABAS mengambil alih Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) pada December 2004 melalui satu perjanjian konsesi antara SYABAS , kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan . Melalui perjanjian konsesi itu SYABAS diberi tempoh 30 tahun (bermula Jan 2005) untuk megagih air kepada pengguna di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Apabila SYABAS mengambil alih PUAS , hutang sebanyak RM 2.3 billion PUAS (dengan 3 syarikat rawatan air) juga terpaksa di tanggung oleh SYABAS . Untung SYABAS pada tahun 2005 adalah dalam sekitar RM 200 juta dan jumlah ini tak mencukupi untuk menampung hutang RM 2.3 billion . SYABAS hanya boleh menyelesaikan hutang RM 2. 3 billion jika syarikat itu memperoleh keuntungan tetap sebanyak RM 200 juta setiap tahun dan setiap sen dibayar untuk pelupusan hutang.  (tanpa mengambilkira 'interest' yang dikenakan). Tapi andaian ini agak mustahil untuk berlaku dengan mengambilkira situasi yang berlaku sekarang. 



Tuduhan terbaru kerajaan Selangor mengatakan SYABAS menunjukkan prestasi yang buruk apabila gagal membekalkan air yang secukupnya kepada pengguna.  Peratusan NRW yang tinggi pada 32% dijadikan alasan untuk SYABAS dijadikan kambing hitam. Non Revenue Water ialah perbezaan antara jumlah keluaran  air dari plant rawatan air dan jumlah air keseluruhan air yang diterima pengguna (melalui penjumlahan meter2 paip). Peratusan NRW dapat dikurangkan dengan menukarkan paip2 lama kepada baru , menukar meter2 yang lama , dan membuat penguatkuasaan terhadap sambungan paip2 secara haram. 

Dalam tahun pertama perjanjian konsesi yang dibuat pada Disember 2004 , SYABAS berjaya mengurangkan NRW sebanyak 5% setelah mengambil alih PUAS . Dengan beban kewangan yang tinggi (hutang RM 2.3 billion) dan juga terpaksa membeli air terawat dari loji2 rawatan dengan harga yang tinggi , untung yang diperoleh tak lah sebanyak mana hasil dari kerja pengagihan air. Oleh itu, agak sukar bagi SYABAS untuk 'maintain' dari segi kos untuk operasi, pentadbiran dan penyelenggaraan, apatah lagi untuk pembangunan-pembangunan yang lain seperti penggantian aset (paip2 lama kepada baru) , kerja2 penaiktarafan dan pembangunan. Kekangan kewangan yang sedia ada juga diburukkan lagi keadaan apabila CAPEX dibekukan oleh kerajaan Selangor . Secara tak langsung kerja2 untuk menurunkan peratus NRW terbantut. 




Pada pertengahan Jun 2012 , SYABAS telah menuntut kerajaan Selangor untuk membayar hutang sebanyak RM 1.05 billion kepada syarikat itu berikutan pelarasan tarif air. Sudah lah CAPEX dibekukan , hutang kepada SYABAS pun tak nak dibayar , macam mana lah projek2 naik taraf nak dibuat kalau sumber kewangan disekat-sekat sebegitu . Nampak macam ada usaha untuk sabotaj SYABAS dari kerajaan negeri Selangor . Amat pelik sekali kenapa hanya syarikat konsesi SYABAS yang bertindak sebagai pengagih air dijadikan mangsa dan tidak pula syarikat konsesi yang menjual air kepada SYABAS . Baru2 ini juga telah ditunjukkan paras air terawat di salah sebuat loji rawatan amat kritikal . Masalah air sekarang ni sebetulnya dah jadi macam 2 in 1 . Masalah kekurangan air terawat dari syarikat yang menjual air kepada SYABAS , dan masalah peratusan NRW yang tinggi dari SYABAS sendiri (yang berpunca dari kekangan kewangan seperti yang dinyatakan di atas)

sumber (Utusan)

1 comments:

comment kawan FB ,


Assisting the State Government by taking over PUAS debts to the water treatment operators amounting to RM 2.4 billion;

http://www.syabas.com.my/corporate/about-us-syabas-operation

Rupanya Syabas "WRITE OFF" hutang kerajaan Negeri (Warga Selangor)kpd Pusat sejumlah RM 2.4 B yg terpaksa ditanggung oleh TS Rozali sbg pemegang saham utama melalui Puncak Niaga (70% share dlm Syabas)......kalau betul la gaji TS Rozali RM 425 000.00/bulan, ini bermakna ianya akan memakan masa selama 5, 647 bulan (471 tahun) baru settle hutang itu.....ini baru simple calculation tanpa mengira "time value of money".....Ini berdasarkan Syabas skrg kerugian kerana sejak 10 tahun tiada kenaikan tariff, walaupun peruntukan ini terdapat dlm Perjanjian Konsesi utk menjamin "Return Of Investment (ROI)" paling kurang 10% yg dibenarkan EPU utk semua Projek Penswastaan..

Lain pula hal dgn Kerajaan PR Selangor, tolong "WRITE OFF" hutang Talam (TS Chan Ah Chye) kpd Warga Selangor.. i.e Orang Kaya sejumlah RM 391 M.........terror Si Khalid ni...

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu