Saturday, July 7, 2012

Kenapa RON97 boleh turun tapi tidak RON95?

Sekarang harga RON97 dah turun , orang dok tertanya-tanya kenapa harga RON95 tak turun2 lagi ? Sebenarnya ada beza dalam penentuan harga RON97 dan RON95 , seperti yang kita tau harga RON97 diapungkan mengikut pasaran pada 31 January 2011 . RON95 pulak masih diberi subsidi oleh kerajaan Malaysia . Sehingga hari ni subsidi yang diberi oleh kerajaan untuk minyak RON95 ialah 53sen  seliter . Walaupun harga minyak dunia turun , harga RON95 tetap 'maintain' sebab beban subsidi kerajaan untuk petrol agak tinggi iaitu hingga mencecah RM6.6 billion hingga sekarang .


Orang persoal , kalau ikut pasaran antarabangsa minyak RON95 patut turun kalau subsidi 53 sen dikekalkan. Memang betul boleh turun, tapi kerajaan masih perlu menanggung beban subsidi yang besar (berbillion beb) . Lebih banyak subsidi beerti lebih banyak 'spending' dalam kerajaan , bila banyak 'spending' alamatnya bajet defisit lagi la.. Bila defisit boleh la puak2 sebelah sana pakat2 'spin .Untuk elak beban kewangan yang ditanggung kerana jumlah subsidi yang besar untuk petrol RON95 , maka kerajaan hanya boleh kurangkan harga RON95 jika harga minyak dunia turun sehingga tiada subsidi yang perlu ditanggung . Duit yang dijimatkan boleh digunakan untuk pembangunan2 lain yang lebih bermanfaat contohnya macam BR1M tiap2 tahun.  Secara tak langsung hutaang negara pun boleh dikurangkan... just my 2 cents.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu