Friday, July 20, 2012

Kenapa Anwar beria-ia mahu undang-undang Gay disemak ?


Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan khabar angin yang kononnya seorang lagi mangsa liwat bekas TPM membuat laporan polis . Amat mengejutkan sekali , maklumat khabar angin yang disebar oleh blogger Papagomo nampaknya menggemparkan seluruh negara terutama sekali di kalangan juak2 pembangkang . Di kalangan pemimpin pembangkang, tiada seorang pun yang tampil menafikan khabar angin itu serta-merta. Masing-masing kelihatan suspen memikirkan apa pula bala dan angkara yang dah dibawa oleh ketua mereka kali ini . Namun masing-masing menarik nafas lega apabila polis mengesahkan tiada laporan sebegitu yang dibuat oleh mana2 orang.


Pemimpin Pakatan yang paling awal memberikan 'respon' ialah Nurul Izzah , menakala yang lain tidak begitu melayani isu ini , mungkin mereka sedar blogger Papagomo hanya mengacah-acah dan bermain psikologi dan mungkin mereka juga sedar memang ada bukti-bukti yang jelas disimpan oleh Papagomo dan berdiam diri adalah langkah yang terbaik. Tapi tidak pula bagi Nurul, beliau mempersoalkan kenapa tiada tindakan yang diambil ke atas si penyebar khabar angin ? Nurul nampaknya kelihatan agak beremosi dan berdendam dalam hal ini , tapi kalau diteliti balik penulisan 'entry' Papagomo berkenaan laporan polis tu , dia pun kata dapat berita yang tak disahihkan kebenarannya.


Yang paling menarik, orang yang dikaitkan secara langsung iaitu Anwar , tak pula memberikan sebarang respon menafikan khabar angin itu. Mungkin beliau ada menulis samada dalam blog atau tweet tapi kelihatan beliau agak berhati-hati dalam memberikan respon balas . Paling mengejutkan selepas beberapa hari khabar angin laporan polis mangsa liwat digembar-gemburkan , kenyataan beliau di mahkamah mengatakan setuju dengan undang-undang terhadap gay tapi mahu disemak seolah-olah memberikan satu mesej tersirat pada yang memahaminya. Apakah yang dimaksudkan oleh Anwar 'mahu disemak'  ? Adakah perlu disemak untuk 'melepaskan' pengamal2 homoseksual dari segi tindakan undang2 yang sedia ada ? Sekiranya ini berlaku, tentu perkara ini akan membawa keuntungan pada seseorang .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu