Tuesday, July 24, 2012

Jangan kena tipu lagi ! Rakyat Selangor kena faham siapa tukang tapis air dan siapa tukang agih air

Kemunculan Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) yang dibelakang tabirnya penyelidik2 hebat nampaknya meresahkan kerajaan Pakatan , peranan GPRS bukan setakat sembur air liur je . GPRS buat penyelidikan, kira2 , analisis , dan segala yang berkaitan dengan perundangan barulah diaorang tampil ke hadapan dan buat pembongkaran . Hari ni GPRS buat lawatan ke ofis SYABAS untuk dengar taklimat SYABAS , nak selidik samada SYABAS cakap kosong atau cakap berdasarkan fakta . Selepas sesi taklimat dengan SYABAS , GPRS melalui pengerusinya Datuk Shohaimi meng'confirm'kan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat memang cuba memesongkan fakta dan mengelirukan rakyat !


Apa lagi tindakan susulan GPRS selepas ini untuk membongkarkan penipuan kerajaan Pakatan Rakyat mengenai krisis air di Selangor ?? Adakah lawatan ke loji2 rawatan air ? Kah kah kah , nampaknya ada orang bakal terjerat dengan penipuan yang mereka rancang ! Sebenarnya bila dilihat situasi terbaru , kerajaan Selangor ada membuat kenyataan tentang perancangan mereka untuk 'upgrade' Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 dan Fasa 3 dengan memohon peruntukan sebanyak RM225 juta dari Kementerian Kewangan kerana Loji2 itu beroperasi pada kapasiti yang maksimum !


Jadi dengan permohonan peruntukan itu , kerajaan Selangor mengakui Loji Rawatan Air perlu dinaik taraf , tapi sampai bila loji2 yang dinaiktaraf ni boleh bertahan ? Soal yang kedua , siapa pengendali Loji Rawatan Air Sungai Selangor ittew , SYABAS ke yang mengendalikannya ???  Untuk makluman anda semua , pengendali Loji Rawatan Air Sungai Selangor ialah SPLASH (Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor) , SYABAS tukang mengagih aja . Jadi persoalan sekarang kenapa yang tukang agih air (SYABAS) nak dijadikan mangsa ?


Aku cuba bagi analogi mudah lerr , Makcik Bedah dengan tulang 4 keratnya mampu buat nasi lemak 100 bungkus sehari , Makcik Bedah jual nasi lemak yang dibuat tu pada pengusaha kantin sebuah sekolah . Oleh kerana nasi lemak Makcik Bedah sangat sedap , 100 bungkus nasi lemak tu cepat je habis padahal ramai lagi yang nak beli nasi lemak tu . Student2 dan cikgu2 selalu tanya kenapa cepat sangat nasi lemak tu habis ? Kalau ikutkan permintaan student2 dan cikgu2 di sekolah tu terhadap nasi lemak Makcik Bedah , mau 200 bungkus baru cukup . Jadi soalan aku, dengan menukar pengusaha kantin sekolah tu , adakah makcik Bedah mampu menghasilkan 200 bungkus nasi lemak sehari dengan tulang 4 keratnya ?

Dalam analogi diatas , Makcik Bedah ialah pembekal (contoh SPLASH) . Pengusaha kantin mengagih (SYABAS) , student2 dan cikgu2 (pengguna2 air) . Apa yang kerajaan Selangor cuba lakukan sekarang ialah nak ambil alih SYABAS , padahal isu yang sebenar ialah nak loji rawatan air itu sendiri ! Cukup-cukuplah menipu , nak 'upgrade' loji rawatan air sungai Selangor tu adalah 'coverrina' saat2 terakhir . Kantoiii !

2 comments:

Sebenor nya ada melaun nak kebas tempat Syabas kot....Faham lah siapa melaun berkenaan.

analogy aku pulak macam ni ... makcik bedah buat nasi lemak kemudian suruh pak Abu(tokey kantin) bawa ke kantin . Pak abu bawaklah nasi lemak tu dalam van yang absorbernya dah keras dalam perjalanannya tu van tu bergegar-gegarlah jadi 60 bungkus nasi lemak dah tumpah .... maka pak abu dapat hantar hanya 140 bungkus jer ke kantin kalau nasi lemak tu dijual pada harga RM2 sebunggus maka pak abu untung dapat kolek sebanyak rm280 jer instead of rm400 . lepas tolak kos mak bedah yang jual nasi lemak tu kat pak abu pada harga rm1 maka pak Abu untunglah dalam RM80 . hari tu pendapatan sebenar pak abu sebanyak rm200 tapi disebabkan nasi lemak rosak sebanyak 60 bungkus maka Pak Abu sudah hilang potensi keuntungan sebanyak rm120 . hari-hari nasi lemak pak abu rosak sebanyak 60 bungkus .... kalau pak abu repair sikit absorber tu mungkin jumlah nasi lemak rosak pak abu boleh dikurangkan sebnyak 10% lagi itu instead rosak 60 bungkus mungkin rossak dalam 40 bungkus jer jadi pak abu boleh dapat tambahan untung rm20 lagi....dalam situasi ini kalau pak abu nak jualkan kepada 200 orang murid juga maka pak abu kena order dengan Mak bedah sebanyak 290 bungkus baru boleh pak abu boleh jual 200 bungkus sehari . jadi mak bedah kena tingkatkan kapasiti periuk dia kena besar lagi untuk jadi target tersebut

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu