Thursday, July 19, 2012

Isu 'Lynas' dah senyap,sekarang isu reaktor nuklear pulak timbul

Selepas 'kekalahan' yang memalukan dalam isu Lynas satu NGO dah buat statement mengatakan kerajaan Malaysia dalam diam2 nak buat nuklear reaktor pulak! Nampaknya tuduhan yang terbaru ini adalah untuk 'cover' malu pada tuduhan pertama berkenaan Lynas yang kantoi begitu dramatik sekali, hinggakan pada hari ini Fuziah belum lagi membuat apa2 kenyataan balas.

Ok berkenaan pembinaan reaktor nuclear,jurucakap Malaysian Coalition Against Nuclear, Dr Ronald McCoy berkata negeri2 yang dicadangkan pembinaan reaktor ialah Kedah,Perak, Terengganu dan Johor. Mana dia dapat sumber, dia tak nak dedahkan...samalah macam selalu dibuat,bila pendedahan dibuat mengaku ada document itu ini tapi sampai kesudah tak ada apa2.

Secara peribadi, kuasa yg dijanakan oleh reaktor nuklear lebih bersih dan murah berbanding arang batu. Masalah utama ialah pengurusan dan pembinaan reaktor nuklear itu sendiri. Sekiranya diuruskan dan dibina tanpa ada unsur2 rasuah dan penipuan mungkin menggunakan tenaga alternatif dari reaktor nuklear adalah lebih baik. 'Attitude' rakyat Malaysia terhadap penggunaan dan pengurusan tenaga dari nuklear ini juga perlu berubah sebelum kerajaan mengambil inisiatif untuk menggunakan tenaga baru ini.

Mengurus persepsi masyarakat bukan kerja yang senang, terutama dengan contoh2 bencana yang melibatkan reaktor nuklear. Jadi masyarakat dah ditanam dengan stigma yang negatif. Walau bagaimanapun,sumber tenaga alternatif masih perlu dicari kerana sumber bahan api adalah bukan sumber yang kekal dan akan kehabisan pada satu ketika. Apabila sumber berkurang tetapi tinggi permintaan,tidak mustahil kadar kenaikan tarif elektrik juga akan naik mendadak dan seterusnya membebankan rakyat.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

1 comments:

Tak puas puas lagi si kelentit tua ni!!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu