Monday, July 30, 2012

Enggan letak jawatan Timbalan Menteri , Lajin Ukin nak 'perangkap' PM ?

Dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru , Timbalan Presiden Perkasa Zulkifli Nordin mendesak Lajim Ukin meletakkan jawatan beliau sebagai Timbalan Menteri setelah mengumumkan meletak semua jawatan dalam parti politik UMNO . Adakah Lajim Ukin sengaja tidak meletakkan jawatan beliau sebagai Timbalan Menteri dan hanya menunggu masa untuk Perdana Menteri memecat beliau ? atau sumber pendapatan beliau sebagai Timbalan Menteri mungkin agak banyak , dan kesempatan yang ada sekarang diguna untuk meninjau projek2 yang boleh di'sapu' ? Tanya jah ni ..


Berikut adalah laporan dari KLPost

"Jika Lajim merasakan pendiriannya meletakkan jawatan dan mengubah wadah perjuangan adalah hak demokrasi dan hak asasi sebagai ahli politik, maka beliau perlu menghormati prinsip dan semangat demokrasi serta hak Perdana Menteri untuk memilih pengganti yang sesuai," katanya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru berpendapat adalah lebih wajar dan bermaruah jika sekiranya ahli Parlimen Beaufort itu meletakkan jawatan setelah memilih wadah politik yang dipilihnya sekarang.

Sebelum itu Perdana Menteri berkata beliau tidak terperanjat dengan keputusan Lajim yang melepaskan jawatannya sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Bahagian Beaufort.

seterusnya

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu