Friday, July 6, 2012

DS Rosmah 'cool' , Betty Chew cepat sentap, Wan Azizah hipokrit

Inilah yang dikatakan "kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih" . Ini lah yang boleh diibaratkan kepada Presiden PKR , Datin Wan Azizah. Beliau berkata BN dah tak ada modal hingga 'menyerang' isteri CM Penang iaitu Betty Chew apabila mempersoalkan tuduhan skandal suaminya itu. Pelik bila presiden PKR itu berkata BN tak ada modal, adakah dia tak nampak bagaimana kerajaan Selangor 'terduduk' bila ditekan dengan pelbagai isu yang mempersoalkan integriti pentadbiran kerajaan PR di negeri itu?

Itu satu hal, hal lain pulak kenapa Datin Wan Azizah tak membela Datin Seri Rosmah Mansor bila isteri PM itu diserang oleh gerombolan pakatan haram sejak dulu lagi ? Lebih malang lagi Datin Seri Rosmah Mansor bukanlah seorang politician seperti Betty Chew. Datin Wan Azizah juga menunjukkan kedangkalan pemikiran bila mempersoalkan mengapa DS Seri Najib yg juga memegang sementara portfolio Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat tidak melakukan apa2 untuk membela Betty Chew.

Adakah Presiden PKR itu pernah melihat DS Najib menyeru kepada gerombolan jahanam pakatan haram utk berhenti menyerang DS Rosmah yang juga isterinya. Apa pulak keistimewaan Betty Chew ? Hanya kerana sifatnya yang mudah sentap dengan statement berupa persoalan dari kalangan penyokong BN, dia terus dikatakan diserang.

Salute kepada DS Rosmah Mansor, walaupun ditabur dengan pelbagai fitnah sejak dulu lagi, reaksi beliau tetap cool dan tak melatah. Kalau Datin Seri Wan Azizah benar2 prihatin, dia patut bela Datin Seri Rosmah dahulu dan bukannya Betty Chew . Paling kurang pun bersikap adil la, tindakan mempertahan Bettt Chew hanya menunjukkan sifat hipokrit yang melampau ! Apa ustaz Azhar Idrus selalu kata? Munapek??
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

1 comments:

Dah munafiq, nak buat mcam maner? Nak tegur pun buang masa jer.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu