Friday, July 6, 2012

Data dari UMNO menunjukkan pelaburan asing (FDI) ke dalam negara ini ke-5 terbesar di Asia !

Dalam gerombolan Pakatan Haram membuat fitnah ke seluruh dunia mengatakan Malaysia negara tak demokratik, kejam dan menindas rakyat , pelaburan asing yang masuk ke dalam negara ini pulak makin meningkat (INFLOW FDI) . Ini dinyatakan dalam forum UNCTAD yang diadakan semalam di Kuala Lumpur . Ingat ye Pak Lebai sekelian , kajian dan data adalah dari UNCTAD bukan UMNO . Kajian yang dibuat menunjukkan Malaysia berada dalam ranking ke-5 dikalangan negara-negara Asia dalam jumlah kemasukan FDI (foreign direct investment) , dan ke-tiga di kalangan negara2 ASEAN .Inflow FDI Malaysia (USD 11.97 billion) berada dibawah China, Hong Kong, Singapore (USD 64 billion) dan Indonesia (USD 18.91 billion) .


Wakil UNCTAD , Prof Hafiz Mirza berkata, kekurangan Malaysia dalam menarik FDI yang lebih banyak hanyalah pada saiz ekonomi tempatan yang agak kecil , untuk mengatasi hal ini Prof Hafiz berpendapat Malaysia patut 'upgrade'  ekonomi-ekonomi kecil ni pada peringkat global . Sebenarnya , apa yang diperkatakan Prof Hafiz ni ada benarnya, dan PM  DS. Najib sendiri mengambil inisiatif untuk menjadikan ini kenyataan apabila mengumumkan dana strategik pelaburan domestik yang berjumlah RM1 billion  baru-baru ini dan aku ada buat sedikit penulisan berkenaan dengan pegumuman ini (sumber) . Oleh itu , melalui rekod yang dikeluarkan badan antarabangsa dan langkah-langkah pro-aktif yang diambil oleh Perdana Menteri , masa depan ekonomi Malaysia adalah amat cerah , cuma mungkin ada sikit 'hiccup' disebabkan propaganda2 yang dimainkan segelintir 'bangsat' yang suka mencetuskan huru-hara dalam negara .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu