Thursday, July 5, 2012

Bukan YB saja kena turun padang menteri pun kena turun padang!

Entry ni bukan bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti menteri cuma sekadar peringatan sahaja. Menteri adalah individu yang dilantik melalui parti politik yang diwakilinya , tugas2 menteri seharusnya tak terikat dengan tugas2 hakiki yang menerangkan dasar kerajaan.

Menteri seharusnya turun padang sendiri dan berceramah depan rakyat menangkis fitnah2 pembangkang ! Pujian harus diberikan pada Menteri Asas Tani Dato Seri Noh Omar yang aku tengok tak putus2 berceramah ke sana sini tangkis fitnah2 Pakatan. Tak perlu dengan segala 'bodyguard' atau tempat ceramah yang selesa, beliau bersahaja masuk ke dalam ceruk2 kampung bagi ceramah menangkis fitnah.

Aku percaya apa yang dilakukan oleh Datuk Noh secara tak langsung mendekatkan hati rakyat pada pemimpin. Tiada protokol yang membuatkan rakyat rasa lebih selesa utk mendekati menteri. Sebenarnya,kaedah ini la yang diguna oleh Pakatan sejak dulu lagi. Kaedah 'personal touch' ini besar impaknya pada rakyat! Oleh itu,menteri-menteri lain seharusnya memulakan inisiatif ke arah ini.

Tak perlu tunggu reporter datang utk dedah isu ,boleh pergi pada rakyat terus melalui ceramah. Memang tugas menteri busy, nak hadir segala program itu dan ini,namun tugas terhadap parti tak boleh diabaikan. Rakyat sekarang semakin bijak dan mereka tahu hak mereka.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu