Monday, July 2, 2012

Boleh tak pemimpin UMNO jangan keluar 'statement' jilat ludah sendiri ?

Kecoh di blog baru2 ni berikutan seorang ADUN UMNO dari Johor mahu Johor jadi negeri pertama laksanakan hudud . Seriously aku terkesima sekejap bila dapat info ni dan baca di blog2 . Secara peribadi aku katakan , tindakan yang dibuat oleh ADUN UMNO dari Johor tu tak kena pada masa dan ketikanya . Pada satu ketika punya lah blog2 pro-BN menyenaraikan kenapa agak sukar untuk melaksanakaan hudud di Malaysia , dengan segala analisis bagai . Suddenly , keluar pulak statement macam ni ? 




Aku bukan lah seorang yang menentang perlaksanaan hudud , kalau tak buat salah apa nak takut . Cuma negara Malaysia ni komposisi Muslim dan non-Muslim lebih kurang 55 : 45 ja termasuk Sabah & Sarawak . Jadi 'statement-statement' yang kononnya nak jadi juara kepada orang Melayu Islam ni sedikit sebanyak dah menimbulkan satu phobia pada orang non Muslim terhadap BN tu sendiri. Sedar lah , totok-totok PAS tetap dengan PAS walau segala jenis hukum Islam dijanjikan UMNO, permainan politik 'hukum-hakam' ni dah lama PAS 'deal' dan depa tau depa tak boleh nak pi jauh . 

Peliknya bila ada orang UMNO nak guna kaedah yang PAS dah tinggalkan ? Harapan aku tolonglah jangan sesedap mulut je buat 'statement'2 populis untuk raih sokongan . Zaman sekarang dan zaman dulu dah berbeza , politik-politik 'kampung' tak sesuai dimainkan lagi kerana apa yang dicanang di kampung dengan mudah sampai ke alam cyber, bila dah sampai ke alam cyber faham2 saja lah dia punya 'impact' boleh tempias satu negara. Maaf lah tak berniat nak merendahkan pendapat orang lain cuma pendapat yang dikeluarkan itu biar lah lebih bertanggungjawab .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu