Sunday, July 8, 2012

Berita baik untuk rakyat Selangor bakal diumum PM tak lama lagi

Program janji ditepati yang bertempat di Bandar Baru Bangi hari ni dihadiri pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negeri Selangor . Program yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, DS Najib dihadiri lebih kurang 15 ribu orang, jumlah ni aku agak je berdasarkan pemerhatian. Takde angka rasmi dikeluarkan tapi 'confirm' tempat memang sesak.

Malah masa PM sampai orang ramai dah berebut-rebut dengan 'press' utk ambik gambar PM . Selain PM , Datin Seri Rosmah dan anak lelaki PM juga turut hadir . Antara pemimpin2 BN yang hadir ialah DS Noh Omar, DS Ir Zin . Tan Sr Koh Tsu Koon dan beberapa pemimpin UMNO negeri.

Sebelum tiba ke tapak program jani ditepati, Perdana Menteri telah membuat 'walkabout' di pasar Bandar Baru Bangi .Semasa 'walkabout' , PM berjumpa dengan wakil ibu tunggal yang mengadu masalah yang dihadapi. Janji-janji yang ditabur oleh PR semasa PRU12 tidak ditunaikan apabila mereka mengambilalih Selangor.

Lebih malang lagi sewa perumahan yang dahulunya hanya RM 125 dinaikkan ke RM 250 ! Wah nampaknya ,masalah kenaikan sewa bukan je dihadapi oleh PPR Lembah Subang tapi di Bandar Baru Bangi jugak! Jadi aku yakin banyak lagi tempat lain menghadapi masalah yang sama. Ini lah sikap kerajaan Selangor PR kononnya mementingkan kebajikan rakyat tetapi pada masa yang sama menekan rakyat dengan menaikkan kadar sewa dan cukai pintu.

Berbanding dengan kerajaan BN, komitmen terhadap rakyat ditunjukkan dengan pelbagai jenis bantuan BR1M , KR1M, Menu Rakyat, Voucar Buku, Bantuan Tayar untuk Teksi. PM juga mengumumkan tak lama lagi akan ada kedai buku 1 Malaysia dan kedai kain 1 Malaysia yang mana harga lebih murah. PM juga ada menyebut akan mengumumkan satu berita baik utk rakyat Selangor dalam masa terdekat ni .PM yakin hal yang bakal diumumkan itu akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat Selangor.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu