Tuesday, July 24, 2012

Air Asia atau MAS bakal 'bungkus' ?

Terasa amat pelik sekali dengan syarikat penerbangan MAS ni, macam hidup segan mati tak mahu. Bila dah ada pertolongan dari luar, kesatuan sekerja naik kepala , tolak pertolongan tu . Masih nak bekerja dengan 'attitude' lama yang sama. Kalau nak berubah, 'attitude' pun kena ubah , hentikan perbelanjaan-perbelanjaan mewah yang tak perlu. Asal sangkut kerajaan kena 'bail out', selalu je macam ni, dah macam mendukung biawak yang hidup pulak ? MAS beroperasi lebih lama dari AirAsia , sepatutnya ada lebih banyak pengalaman dalam selok belok industri penerbangan ni tetapi malangnya MAS selalu catat kerugian dan AirAsia pula selalu catat keuntungan. Beli lah macam2 pesawat baru tapi prestasi lebih kurang aja .Hmm apa nak jadi ?



Terbaru dari portal online Business Times, mungkin dah 'fed-up' dengan MAS , ada ura-ura mengatakan Air Asia akan tarik diri dari segala perjanjian kerjasama dengan MAS . Berita ni tak ada pengesahan lagi , baru ura-ura . Tapi masakan pokok bergoyang kalau angin tak bertiup ? MAS dan Air Asia gagal dihubungi oleh pemberita untuk mengesahkan hal ini (sumber) . Komen aku, bila orang nak menolong tapi sikap kita tetap keras kepala bodoh sombong , maka lama2 kita akan kekal di takuk yang sama. Adalah amat memalukan sekali bila dicanangkan satu dunia bahawa kita mempunyai 'krew kabin' yang terbaik tetapi pada masa yang sama mendapat tempat tercorot dalam penilaian syarikat2 penerbangan lain di dunia (sumber). Mungkin tiba masanya kerajaan bertindak keras sedikit dengan syarikat penerbangan MAS ini, tak ada maknanya kalau berterusan membantu syarikat yang sentiasa kerugian. 

2 comments:

Mungkin terbaik bagi MAS, dapatkan balik lalauan yang telah dihadiahkan kepada Air Asia...dan kerajaan , janagan manjakan Air Asia.. Buat apa yang pihak Indon dah lakukan...

Air Asia kurang ajar...kerajaan naikkan kembali martabat MAS...

MAS jugak mcm glc glc yg bertapak lama juga akan menhadapi masalah yg sama,dlm istilah lainnya kena .Manakala pekerja2 dlm syarikat2 top 20 glc ini Majoriti mereka dah berumur lebih 40thn.mata pun tak berapa nak terang.Kalau ada pembaharuan,maka ia boleh jejaskan golongan2 senasib dgn mereka.Pihak pengurusan pula,fikirkan keuntungan,kita maklum bhw malaysia negara kecil saja,sudah tentu perniagaan menjadi kompetitif,daya saing kenalah semakin meningkat,kreativiti kenalah digilap,berbanding air asia pertumbuhan meningkat kerana pasarannya berbeza low cost,bukan premium,oleh itu sebenarnya malaysia sudah mengalami apa yg dikatakan 'brain drain' yg boleh membawa pembaharuan dlm ekonomi2 yg baru.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu