Saturday, July 14, 2012

'Ahli UMNO' keparat berucap di Perhimpunan Oren

Aku betul-betul tak faham kenapa balachi-balachi serta pemimpin2 Pakatan masih menggelarkan Tamrin Ghaffar Baba ni sebagai ahli UMNO . Persoalanannya ialah adakah UMNO sendiri mengiktiraf Tamrin Ghaffar Baba ni sebagai ahli UMNO ? Dah berapa kali mesyuarat cawangan , bahagian yang dia dah pergi ? Atau si muka tebal tak tahu malu ni cuma reti jual nama UMNO saja ? Nak tahu kalau ... ini adalah spesies2 parasit UMNO yang 'kecewa' bila yang diidamkan tidak dapat atau tak terima perhatian lagi . Banyak dah kita tengok contoh2 parasit ni .. Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Ariff Sabri, Tamrin Ghaffar dan beberapa lagi yang lain . Pendapat aku, ini jenis pemimpin2 UMNO  tak produktif yang lebih mengutamakan kepentingan diri dari perjuangan parti .


Semasa si Tamrin Ghaffar ni berucap , bukan main lagi dihentam kepimpinan kerajaan . 'Balachi-balachi' yang menyertai perhimpunan Oren tadi begitu teruja sekali bertepuk tangan apabila diberitahu yang berucap ialah wakil dari UMNO . Kah kah kah , sebelum ini disebarkan cerita fitnah kononnya Pak Lah dan Ku Li nak 'join' , bila dah dinafikan oleh dua-dua individu ini , si Tamrin Ghaffar ni dijadikan 'scape goat' dengan melabelkan beliau 'wakil UMNO' . Sebelum ini dalam perhimpunan Bersih pun si muka tebal tak tahu malu jual jugak nama UMNO bersama-sama dengan 'Maharaja Drama' dari PKR .  Oleh itu, aku berharap sangat UMNO buat 'press conference' bagi terang benderang yang si Tamrin Ghaffar ni bukan 'ahli UMNO' . Janganlah diamalkan selalu sikap berlembut sangat , sikap 'TAK APA' itu lah yang menyebabkan BN hilang 5 negeri masa PRU-12 dahulu.


Ohh ya berkenaan perhimpunan Oren tu , tak ramai pun hadir , lebih kurang 5,000 orang je . Aku ingat dia punya 'wave' besarlah sangat bila si penghasut nombor satu negara Isam Rais buat promosi besar-besaran dalam blog Tukar Tiub tu . Yang pasti , jumlah warga FELDA yang hadir hanyalah beberapa kerat saja dan yang lain2nya ialah penyokong tegar Pakatan yang kerjanya turun berdemo bila dapat arahan , phewww pathethic ! By the way ... perasan tak gambar lelaki India tu , macam pernah ku lihat tapi dimana ya ? Masa peguam berkawat dia pun ada, masa Bersih dia pun ada , masa perhimpunan Oren ni muka dia lagi ?

1 comments:

Lelaki India tu wakil dari Felda Delhi.. wakakaka

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu