Monday, July 30, 2012

Abby 'frust' kontrak tudung beliau ditamatkan



Penceramah wanita popular PAS masa kini , bekas ahli Kumpulan Elite , janda Norman Hakim dan bekas pelakon gerak khas , Abby Abadi meluahkan rasa kekecewaaan beliau apabila kontrak sebagai duta tudung ditamatkan . Abby mendakwa kontrak sebagai duta tudung ditamatkan kerana penglibatan beliau dalam ceramah-ceramah PAS . Aku yakin pihak syarikat yang menamatkan kontrak itu membuat keputusan berdasarkan apa yang termaktub dalam kontrak . Mungkin Abby dah melanggar kontrak , jadi tak salah untuk kontrak itu ditamatkan . 

Abby harus sedar pasaran untuk tudung syarikat yang beliau wakili tu bukan terhad pada wanita PAS aja , syarikat nak buat untung ... diaorang jual tudung bukan pilih bulu atau latar belakang politik . Dengan tindakan Abby ke hulu hilir jadi penceramah PAS , tentulah beliau juga membawa imej sebagai 'duta' tudung yang diwakilinya . Kalau aku jadi pemilik syarikat pun tentulah aku tak berapa senang dengan tidakan Abby ni . Imej syarikat tercalar , dan tak bagus untuk business . Oleh itu Abby tak perlu melatah dengan tindakan syarikat tudung itu . Bayangkan kalau Abby jadi businesswoman dan jadikan seorang public figure tu sebagai duta , tiba2 public figure tu jadi penceramah UMNO . Nak simpan lagi ke ? So please made up ur mind nak jadi politician ke nak jadi artist ?

1 comments:

Pakai tudung kerana ada orang sponsor rupanya.....

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu