Tuesday, June 5, 2012

Titik kejatuhan kumpulan Pakatan pada PRU-13 ?

Perhimpunan PAS yang dihadiri oleh ratusan ribu penyokong mereka boleh jadi satu 'signal' simbolik kekuatan parti itu dalam gabungan kumpulan Pakatan . Penyokong PAS yang rata-ratanya fanatik dilihat menjadi faktor dominan yang menggerakkan kumpulan Pakatan itu sendiri . Malangnya pemimpin2 PAS tidak yakin terhadap 'kuasa' yang mereka miliki dalam kumpulan Pakatan dan dilihat lebih banyak bertolak ansur , malah diperkudakan oleh 2 lagi 'rakan kongsi' dalam kumpulan Pakatan . Mungkin sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin2 PAS ini hanya satu strategi dalam menghadapi PRU-13 dalam memastikan kejatuhan BN ? PAS dilihat menggunakan DAP & PKR bagi mendapatkan sokongan kaum Cina dan golongan2 Melayu yang 'non-Islamik' . DAP & PKR mungkin menyedari strategi yang digunakan oleh PAS ini , namun mereka juga sedar 'kekuatan' yang PAS ada iaitu penyokong2 fanatik yang konsisten dalam perjuangan mereka. 



Tidak mustahil sekiranya PR menubuhkan kerajaan dimana majoriti kerusi diperoleh oleh parti PAS , maka akan timbullah persoalan samada Anwar Ibrahim masih relevan untuk mengetuai kumpulan Pakatan dan menjadi Perdana Menteri? Penyokong-penyokong tegar PAS pasti akan mempersoalkan hal ini dan seterusnya mendesak kepimpinan tertinggi parti itu untuk berunding dalam kumpulan Pakatan bagi menduduki kerusi Perdana Menteri yang sepatutnya diberikan pada parti yang memenangi majoriti kerusi .  Buat masa sekarang masing-masing dalam kumpulan Pakatan sedang mencatur dan berkira-kira mengenai pembahagian kerusi semasa PRU-13 . Masing-masing dijangka untuk dilihat lebih dominan berbanding yang lain kerana keyakinan mereka bertambah berikutan keputusan PRU-12 . Diantara ketiga-tiga parti yang dilihat mempunyai bilangan kerusi yang paling sedikit akan dilihat sebagai yang paling lemah dan bakal diberi portfolio yang 'tidak menarik' .

Kemenangan parti2 dalam kumpulan Pakatan seperti DAP & PKR hanya sekadar menumpang 'kekuatan' penyokong2 fanatik PAS. Namun sekiranya impak yang diberikan oleh penyokong2 fanatik PAS ini kepada kemenangan DAP & PKR di parlimen masing tidak diterjemahkan dengan jawatan dan dalam dasar2 yang bakal digubal, maka tidak mustahil akan berlaku perpecahan di dalam kumpulan Pakatan. Pada masa kini, masing2 menafikan bahawa akan berlaku ketidak sefahaman di antara mereka sekiranya Putrajaya berjaya dirampas . Pemimpin2 kumpulan Pakatan ini sedar bahawa mereka perlu menyakinkan penyokong-penyokong mereka dalam gabungan ini. Namun sekiranya gabungan ini gagal dan Barisan Nasional berjaya mempertahankan Putrajaya, dijangka akan berlaku tunding-menunding sesama sendiri dikalangan pemimpin2 Pakatan . Dan apabila ini berlaku, gabungan Pakatan pasti akan runtuh sepertimana yang pernah berlaku pada beberapa pilihanraya yang lepas. 

Faktor 'Anwar Ibrahim' sudah ketinggalan zaman , pada PRU-13 yang akan datang faktor parti PAS itu yang bakal menentukan jatuh dan bangunnya kumpulan Pakatan . DAP dilihat akan memikirkan semula penyertaan mereka dalam kumpulan Pakatan apabila PAS menjadi dominan . Pada masa sekarang PKR dilihat menjadi dominan berdasarkan faktor 'simpati' pada perjuangan Anwar semasa PRU-12 dahulu . Namun pada masa sekarang, segala-galanya dah berubah . Pendedahan demi pendedahan dilakukan berkenaan pemimpin2 terutamanya dari PKR dari segi moral mereka. Walaupun penafian demi penafian dilakukan , majoriti rakyat telah membuka mata berdasarkan bukti2 kukuh yang mereka lihat. PKR mungkin akan rebah pada PRU-13 yang akan datang . Apabila PAS menjadi dominan tidak mustahil mereka akan melaksanakan dasar2 yang mereka pertahankan sejak awal penubuhan parti itu dan bakal menimbulkan keresahan pada DAP . Percaturan diantara komponen2 parti Pakatan sedang berlaku sekarang... dan walau apa pun yang berlaku kelebihan dilihat lebih berpihak pada Barisan Nasional. 

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu