Friday, June 1, 2012

'STOP-WORK-ORDER' ke-260 di lereng bukit Sungai Ara bila lagi Guan Eng ?

Dalam sidang media pada 30/5/2012 , Ketua Menteri Penang Lim Guan Eng membidas dakwaan sesetengah pihak mengatakan Penang di bawah pemerintahan DAP menjadi tempat pemaju2 hartanah untuk buat duit . Buktinya , 259 perintah menghentikan kerja2 pembinaan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan sejak tahun 2008 hingga 2012 berbanding hanya 38 semasa pemerintahan BN . Nampaknya Lim Guan Eng dah terbelit dengan 'statement' beliau sendiri . Aku sebagai rakyat Penang nak tau apa 259 projek yang diarahkan kerja dihentikan ? Bila dikatakan projek yang melibatkan pemaju2 hartanah , projek2 besar ni memang payah untuk diarahkan untuk henti kerja pembinaan . Lain la kalau projek2 bernilai rendah . Persoalan yang timbul sekarang daripada jumlah 259 projek yang diarahkan henti kerja , berapa banyak projek rumah kos rendah dan sederhana?


Statement pembohong paling besar yang boleh buatkan orang termuntah ialah bila Lim Guan Eng berkata nilai hartanah di Penang naik disebabkan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan CAT Penang (Competency, Accountability, Transparency) di bawah pentadbiran DAP . Bila Lim Guan Eng mengatakan ada arahan 'STOP-WORK-ORDER' dia tak pula bagitau samada 'STOP-WORK-ORDER' tu ditarik balik untuk diteruskan pembinaan ? Contoh mudah pembinaan sebuah kondominium mewah Gurney Paragon yang pernah dikenakan 'STOP-WORK-ORDER' pada July 2009 , kemudian pada Ogos 2009 'STOP-WORK-ORDER' tu ditarik balik . Nampak sangata 'press conference' yang dibuat oleh Lim Guan Eng bertujuan untuk mengelirukan orang !



Kalau betul2 telus , Lim Guan Eng patut keluarkan senarai projek2 yang dah dikenakan 'STOP-WORK-ORDER' dari tahun 2008-2012  dan samada 'STOP-WORK-ORDER' itu dah ditarik balik . Contoh Gurney Paragon ialah projek mewah dimana 'STOP-WORK-ORDER' ditarik balik . Jadi dalam jumlah yang dinyatakan oleh Lim Guan Eng berapa 'STOP-WORK-ORDER' ditarik balik ? Berapa projek besar berapa projek kecil ? Lim Guan Eng nak 'spin' pasal 'STOP-WORK-ORDER' , cerita pasal pembinaan bangunan tinggi di lereng bukit kat Sungai Ara tu dia tak nak cerita ? Itu adalah salah satu projek rumah mewah di Penang , dan dibina di kawasan berisiko tinggi ! (baca sini)


Patut projek macam ni awal2 lagi dah kena 'STOP-WORK-ORDER'  sebab 'STOP-WORK-ORDER' itu sendiri berkaitan dengan arahan yang dikeluarkan semasa kerja2 pembinaan apabila persekitaran tempat pembinaan dirasakan boleh membahayakan pekerja dan kawasan sekitarnya . Lim Guan Eng punya 'STOP-WORK-ORDER' lebih kepada modal politik dan nak tunjuk kuasa ! Chaittt !

3 comments:

salam...
marilah kita bertukar link untuk dipautkan di blog masing-masing.

http://alamijiwaparadox.blogspot.com/

Post a Comment

@MegaBidaman

There was an error in this gadget

Email Me

Name:
Email Address:

Click here to put a form like this on your site.