Wednesday, June 13, 2012

Siapa Kontraktor Loji Rawatan Air Langat 2 sampai buat Khalid Ibrahim 'mengamuk' ?

Khalid Ibrahim dalam satu sidang media telah menyatakan bahawa KDEB iaitu anak syarikat negeri Selangor pernah mendapat hak urus air di Selangor pada January 2008 seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian . Namun perkara ini tak dapat diteruskan apabila PR mengambil alih Selangor . Seriously , aku tak faham dengan 'statement' Khalid Ibrahim ni , aku buat beberapa carian mengenai KDEB dan hubungkait dengan Loji Rawatan Air Langat 2 dan mendapati memang KDEB diberi LOA (Letter of Award) oleh kerajaan pada January 2008. KDEB dilantik sebagai kontraktor utama dan juga untuk menguruskan operasi dan penyelenggaraan apabila projek itu siap kelak. (sumber)


Walaupun kerajaan Pakatan , telah mengambil alih Selangor pada Mac 2008 , Menteri KETTHA pada ketika itu YB Dato Shaziman Mansor telah menghantar surat bertarikh 19 June 2008 kepada Menteri Besar dan menyatakan sokongan untuk KDEB mengambil alih peranan 4 syarikat konsesi air di Selangor. (sumber). Kerajaan persekutuan juga dikatakan telah bersetuju untuk membantu dari segi pemberian dana bagi proses pengambilalihan melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)  (sumber) .Pengambilalihan konsesi air di Selangor sebenarnya telah dimulakan sejak zaman Barisan Nasional memerintah negeri Selangor. 


Untuk rekod KDEB mempunyai pegangan sebanyak 55% untuk syarikat konsesi Konsortium Abbas , 30% untuk syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor dan SYABAS juga 30%. 


Kerjaan PR Selangor , apabila mengambil alih pentadbiran negeri juga memberi kenyataan bahawa projek bekalan air Pahang - Selangor akan diteruskan , dan pada masa yang sama akan menyemak kontrak loji rawatan air Langat 2 yang diberi pada KDEB iaitu anak syarikat negeri Selangor pada Jan 2008. 

Kalau dilihat perkembangan projek saluran air Pahang-Selangor dan loji rawatan air Langat 2 , memang jelas dilihat kerajaan pusat (Barisan Nasional) mengambil langkah2 yang perlu untuk menangani krisis air di Selangor . Apa yang memeningkan kepala sekarang ialah tindakan Khalid Ibrahim yang tak sudah2 dengan isu  pengambilalihan syarikat2 konsesi air di Selangor .  Semasa BN memerintah Selangor dahulu memang telah wujud usaha untuk mengambil alih syarikat2 konsesi ini , walaupun begitu kerajaan negeri pada ketika itu tetap memberi kerjasama dalam meneruskan projek saluran air Pahang-Selangor dan loji rawatan air Langat 2.  

Agak menghairankan, apa yang kerajaan PR Selangor tak puas hati lagi sedangkan tender untuk loji rawatan air Langat 2 diberikan kepada KDEB iaitu anak syarikat negeri Selangor . Malahan kerajaan persekutuan Barisan Nasional juga menyediakan dana melalui PAAB untuk proses pengambilalihan syarikat2 konsesi air di Selangor . Jadi apa sebenarnya yang Khalid Ibrahim dan kroni2 beliau nak ? Dolak dalih sebegini hanya akan merugikan masa dan wang rakyat ! Wang yang dibazirkan akibat penangguhan projek ini sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan-pembangunan yang lain.  Cepat bertindak sebelum krisis air 98 berulang lagi!!!

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu