Tuesday, June 19, 2012

Parasit dalam institusi kerajaan : Nak dapat BR1M kena bayar duit pendahuluan ?

Khabarnya duit BR1M yang diberi oleh kerajaan pada keluarga2 yang pendapatannya RM3,000 kebawah di ambil kesempatan oleh puak2 tertentu yang cuba mengaut keuntungan secara mudah ! Khabarnya juga ada antaranya juga adalah angkara kakitangan kerajaan sendiri . Bila aku cakap kakitangan kerajaan tolong jangan kaitkan dengan stigma politik , dan kita pun tahu kakitangan kerajaan pun ada macam2 jenis pegangan politik mereka .


Apa yang aku persoalkan sekarang ialah sikap tidak amanah kakitangan kerajaan sekiranya perkara ni benar2 berlaku . Dari satu sumber media , kejadian yang melibatkan orang asli di Kota Gelanggi , mereka mendakwa perlu membayar RM 100 kepada kakitangan untuk mendapatkan bantuan BR1M RM 500 . Oleh itu  'total' yang diaorang dapat hanya RM 400 saja . Aku cukup hangin kalau perkara2 yang melibatkan bantuan kerajaan kepada orang2 susah di 'seleweng' kan oleh orang tengah . Dan orang tengah tu pulak bekerja dengan kerajaan !!!

Natijahnya , kerajaan jugak yang dipersalahkan diatas perbuatan segelintir kakitangan yang tak amanah ni . Dan tentulah isu2 sebegini akan dipergunakan sebaik mungkin oleh golongan2 tertentu untuk menghentam kerajaan dalam ceramah2. Bagi aku hal2 sebegini perlu diambil perhatian sewajarnya oleh kerajaan dengan memantau tingkah laku kakitangan . Rakyat yang menjadi 'mangsa' dengan sikap tak amanah yang ditunjukkan segelintir kakitangan kerajaan tak perlu takut untuk buat aduan .

Mungkin ada sesetengah 'mangsa' berasa hal2 sebegini remeh dan tak perlu dipanjangkan , tapi kalau tak dipanjangkan lama2 si pelaku akan jadi besar kepala dan seterusnya menjahanamkan kepercayaan rakyat kepada institusi kerajaan itu sendiri . Kalau nak buat aduan2 dekat blog2 pun ok je , kita boleh 'follow up' .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu