Friday, June 22, 2012

Nurul Izzah Kantoi ! Louis Dreyfus Commodities Asia 'confirm' jadi rakan strategik FVGH


Anak perempuan Anwar Ibrahim, MP Lembah Pantai , Pn . Nurul Izzah kata Louis Dreyfus tarik diri dari memiliki pegangan dalam FVGH . Hari ni punya laporan yang dipetik dari Star Biz melaporkan hal yang sebaliknya pulak. Laporan itu menyebut Louis Dreyfus telah mengesahkan bahawa ia akan menjadi rakan strategik FVGH (Felda Venture Global Holding Berhad) .  Louis Dreyfus Commodities Asia (LDCA) dikatakan telah berada di peringkat akhir perjanjian dan terma-terma berkenaan perkongsian strategik dengan FVGH . Untuk rekod MoU diantara LDCA dan FVGH ditandatangani pada bulan lepas , untuk menjadikan LDCA sebagai pelabur dan rakan kongsi strategik bagi menggalakkkan pemasaran dan dagangan FGV dalam niagaan minyak kelapa sawit.


Baru2 ini harga minyak mentah kelapa sawit (Crude Palm Oil - CPO) melonjak hingga ke RM 3,042/tonne iaitu yang paling tinggi sejak 1 June 2012 . Oleh yang demikian, penyenaraian FVGH mungkin ada asasnya dengan melihat harga minyak sawit yang semakin meningkat. Penyenaraian ini sebenarnya memberi peluang terutamanya kepada peneroka untuk mendapat keuntungan yang lebih berbanding sekiranya mereka memperoleh keuntungan hanya melalui jualan buah sawit yang pada masa sekarang hanya sekitar RM545/tonne .

Keyakinan terhadap penyenaraian Felda ini juga ditunjukkan melalui initial public offering (IPO) yang pada mulanya ditawarkan pada 72.963 juta (36.48 juta bumi & 36.48 juta public) tetapi jumlah permohonan sebanyak 58,562 untuk 565.4million share menjadikan ia lebih sebanyak 6.75 kali dari IPO yang ditawarkan.  21,829 permohonan diterima dibawah bahagian yang dikhaskan untuk bumiputera manakala 36,706 permohonan di bawah bahagian awam .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu