Thursday, June 28, 2012

Negara 'berkebajikan' Cyprus pulak dalam krisis hutang !

Cyprus ialah negara Eropah yang terbaru mintak bantuan dana dari kumpulan EU dan terbaru IMF dijangka akan bagi bantuan (sumber)  . Dana 'bailout' yang diperlukan mungkin sehingga mencecah Euro 10 billion ! Melebihi separuh daripada saiz ekonomi negara itu sendiri . Cyprus terpaksa menyertai 4 buah negara eropah lain yang sebelum ini mengalami masalah yang sama iaitu Greece, Ireland, Portugal, dan Spain menandakan pemerintah gagal dalam menangani masalah krisis beban hutang negara itu. (sumber) .


Dari laporan BBC, punca krisis kewangan ini berlaku disebabkan ;

1. Banks: Cypriot banks' exposure to Greece totals 29bn euros, or 160% of GDP, including both Greek government bonds and loans to Greek residents.

2. Recession: Economy expected to shrink 1.2% this year (IMF).

3. Deficit: 2011 deficit 6.3% of GDP - one of the highest in the eurozone.

4. Highest public sector wage bill in eurozone (as a percentage of GDP).

Masalah pertama disebabkan kena 'tempias' dari Greece , kedua ekonomi yang menguncup , ketiga defisit perbelanjaan sebanyak 6.3% daripada GDP (tertinggi di zon eropah) dan keempat disebabkan gaji kakitangan awam yang terlalu tinggi (paling tinggi di zon eropah)

Cuba buat perbandingan dengan Malaysia , dari laporan BNM pada Mac 2012 , ekonomi Malaysia pada 2012 dijangka bertumbuh dari 4 - 5 peratus . Berkenaan defisit pulak , tang ni memang kita pun ter'kantoi' gak bila defisit fiskal dianggar pada 5.4% tahun 2011 , walau bagaimanapun kerajaan berusaha mengurangkan defisit fiskal pada tahun 2012 bawah 3% . Bab gaji ni .. aku rasa PM DS. Najib dah buat yang termampu untuk kakitangan awam . Kalau bagi lebih2 pun tengok sendiri la apa yang dah jadi dekat Greece dan Cyprus .

Oleh itu, nak jadi negara berkebajikan bukan lah senang , Cyprus dan Greece tu contoh negara berkebajikan la , tapi last2 sekali dah terjerat dengan hutang . Malaysia pula pada masa sekarang dengan pelbagai subsidi kepada rakyat masih tak dianggap negara berkebajikan oleh kumpulan Pakatan Haram . Malah mereka menawarkan bulan dan bintang, segalanya kebajikan . Gaji pekerja tinggi , air percuma, petrol & diesel murah, segalanya murah dari dasar yang bakal dibuat oleh kumpulan Pakatan Haram bila memerintah negara. Mungkin rakyat boleh bersenang-lenang dalam tempoh beberapa tahun , tapi akhirnya nasib mungkin akan jadi macam  Greece dan Cyprus.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu