Tuesday, June 19, 2012

LUAS jamin bekalan air mentah cukup , tapi 'no comment' dengan bekalan air terawat

Agensi kerajaan mesti lah 'support' kerajaan . Aku respek LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) sebab bekap kerajaan Selangor dengan mengatakan air kat Selangor, KL masih cukup.. malah kat empangan Langat dan Semenyih air pada ketika ini melimpah ruah . Ok la tu .. cerita pasal masa sekarang , hakikatnya kajian yang dibuat oleh professional2 dalam Persatuan dan Penyelidikan Air Malaysia (AWER) dah terang dan jelas mengatakan krisis air akan berlaku di Lembah Klang. Mereka yang berada dalam AWER adalah berlatar belakang kan teknikal dan tahu apa yang mereka katakan, kajian dibuat berasaskan fakta . Peguam, ahli ekonomi, akauntan dan apa2 yang tak berkaitan dengan bidang2 teknikal dan kejuruteraan mungkin hanya nampak perkara ini pada dasarnya saja.


Jadi mungkin mereka tak nampak keseriusan perkara ini ! Beb..bekalan air ialah isu yang besar, mesti ada contigency plan . Tambahan pulak KL sebagai ibukota dan Selangor ada pelaburan yang besar , jangan sebab krisis air yang sepatutnya boleh diselesaikan timbulkan masalah lain . Enough with the politic game lahh.. let's just proceed with the project. Lagipun yang dapat kontrak bina Loji Penapisan Air Langat 2 tu pun ialah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) . Pengarah LUAS yang buat 'statement' di atas ialah Md Khairi Selamat .

Md Khairi Selamat juga orang yang sama mengatakan bahawa 17 kolam air dah dikenalpasti untuk dibangunkan ketika krisis dan sekiranya kemarau melanda . Takkan lah nak salurkan air mentah kepada penduduk , mesti kena bina loji rawatan jugak ? nak lay pipeline lagi ... semuanya kos, nak buat pinjaman kat sapa untuk bangunkan semua ni?? . Aku tak faham kenapa benda yang dah ada depan mata tak nak diteruskan tetapi dok bincang benda yang takde !

Dah jelas dan nyata krisis air akan berlaku dan Khalid Ibrahim sendiri sedar hal ni ! Kalau dia cukup yakin krisis takkan berlaku, dia takkan sibuk nak berforum ke sana sini. Forum hanyalah pentas yang digunakan untuk 'spin' fakta2 . Percayalah bila masalah berlaku, orang2 yang sama ni akan menunding jari kepada orang lain.  Dikatakan sebanyak 138 syarikat menangguhkan pelaburan kerana pembekal tak berani bagi komitmen untuk bekalan air . Jadi statement mengatakan empangan masih cukup air, ari melimpah dan sebagainya  hanya cuba mengelirukan orang dari isu sebenar . Soalnya air yang terawat...sekarang ni pun rizab air Selangor hanya berapa pada tahap 2.4% saja, rizab sepatutnya ialah 20% . Adakah 2.4% cukup sekiranya berlaku kecemasan ?

Krisis air bukan hanya berkaitan dengan berapa banyak paras air di empangan ! Soalnya ialah berapa banyak air di empangan itu yang boleh dirawat dan disalurkan kepada pengguna . Sanggup minum air tak terawat ? Cuba fikir berapa banyak bangkai binatang, najis2 yang mereput di takungan empangan2 tu .. Loji rawatan air yang sedia ada pun ada kapasiti tertentu untuk menghasilkan air yang terawat . Dan dari segi kecekapan loji2 ni pun perlu diambilkira , jadi keperluan untuk pembinaan loji rawatan air langat 2 seharusnya tak dijadikan isu lagi , lambat laun kena buat jugak , lagi lambat lagi mahallll ! Jangan jadi bodoh sebab politik 24/7 !

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu