Monday, June 25, 2012

Kuala Lumpur top 10 antara 20 Bandaraya yang menjadi pilihan pelancong antarabangsa

Melalui kajian yang dibuat oleh Mastercard Global Destination Cities Index yang dikeluarkan pada 18 June 2012, Kuala Lumpur berada di tempat yang ke-10 diantara 20 bandaraya yang menjadi pilihan pelancong antarabangsa. Kajian yang dibuat oleh Mastercard itu berdasarkan jumlah pelawat antarabangsa dan perbelanjaan luar sempadan mereka. Bandar-bandar di Asia Pasifik menjadi pilihan pelawat antarabangsa dengan Bangkok di tempat yang ke-3 (12.2 juta pelawat) , Singapore ke-4 (11.8 juta pelawat), Hong Kong ke-6 (11.1 juta pelawat) dan Kuala Lumpur ke-10 (8.1 juta pelawat)



Berikut adalah senarai penuh 20 bandaraya yang menjadi pilihan pelancong antarabangsa pada tahun 2012 ;

1. London
2. Paris
3. Bangkok
4. Singapore
5. Istanbul
6. Hong Kong
7. Madrid
8. Dubai
9. Frankfurt
10. Kuala Lumpur
11. Seoul
12. Rome
13. New York
14. Shanghai
15. Barcelona
16. Milan
17. Amsterdam
18. Vienna
19. Beijing
20. Taipei

(sumber)

Senarai di atas secara tak langsung menunjukkan Kuala Lumpur adalah setaraf dengan bandar-bandar hebat di dunia . Walau pun segala dakyah dan propaganda, puak2 Pakatan yang gemar memburukkan Malaysia bila mereka berada di luar negara nampaknya tak memberi kesan kepada jumlah pelancong yang hadir ke negara ini . Ini menunjukkan pemikiran masyarakat antarabangsa lebih matang dalam menilai kemakmuran sesebuah negara itu . Untuk berada setaraf dengan bandaraya2 besar di dunia, banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk menarik pelancong ke negara ini . Usaha2 ini bukan hanya berlaku dalam setahun dua malah sejak berpuluh-puluh tahun dahulu di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Kemegahan ini mungkin direntap sekiranya, rakyat membuat pilihan untuk memilih pentadbir yang tak punya pengalaman dan lebih banyak beretorik . Pada masa itu, tak mustahil pentadbiran akan menjadi kacau bilau seperti apa yang berlaku di negeri Selangor . Mereka akan lebih gemar bermain politik daripada menumpukan perhatian membangunkan negara .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu