Saturday, June 16, 2012

Krisis Air : Bandaraya Kuala Lumpur akan jadi bandaraya 'mati' 2020 ?

Sejak tahun 2007 , majalah yang berkaitan dengan gaya hidup iaitu Monocle telah menyenaraikan bandaraya2 yang paling selesa diduduki dalam dunia ni (most liveable city) .Tahun lepas negara jiran kita Singapore menduduki tempat ke 15 , Tempat pertama Helsinki, Finland . Kuala Lumpur , entah tempat ke berapa . Antara ciri-ciri yang diberi perhatian oleh majalah Monocle's ialah faktor keselamatan, kadar jenayah, kemudahan2 asas seperti air dan elektrik , perhubungan antarabangsa, isu alam sekitar, kawasan hijau , rekabentuk urban, ekonomi, polisi pro aktif dalam pembangunan dan dari segi kemudahan kesihatan. Dari ciri2 yang dinyatakan diatas Kuala Lumpur mungkin boleh disenaraikan pada satu masa nanti apabila kadar jenayah di bandar ini diturunkan . Dari segi lain aku rasa takde masalah ... TETAPI , akan wujud satu masalah lain satu masa nanti bila Kuala Lumpur mengalami masalah kekurangan air . Apabila masalah ini timbul, Kuala Lumpur bukan saja berpotensi untuk tidak tersenarai dalam 20 bandaraya paling selesa diduduki malahan mungkin tersenarai sebagai antara bandaraya yang paling teruk untuk diduduki dalam dunia ni.

Kenapa ? Sebabnya apabila kemudahan air tak mencukupi , beratus-ratus bangunan pencakar langit di bandaraya ni akan mengalami masalah . Banyak syarikat-syarikat MNC beroperasi disini , juga banyak juga expatriat yang tinggal di kondo-kondo mewah disini . Apabila berlaku perkara semacam ni , agak2 berapa lama syarikat-syarikat MNC  ni dan expatriat2 boleh bertahan di KL ? Perlu ingat syarikat2 MNC dan expatriat disini berbelanja disini oleh yang demikian baik untuk ekonomi negara . Syarikat-syarikat ni juga bagi banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan , dari taraf general manager sampai ke tahap tukang sapu . Apa pandangan syarikat2 ini kalau masalah asas seperti bekalan air pun tak dapat ditangani oleh kerajaan Malaysia ? Adakah mereka masih akan berkampung disini hanya disebabkan kehebatan bangunan2 pencakar langit yang bombastik di sini namun bekalan air kat office pun kena catu . Mereka semua ni adalah pelabur.. kalau jadi macam ni, silap haribulan kerajaan Malaysia pun boleh diaorang saman . 

Jadi sebelum perkara sebegini berlaku , aku nasihat kepada pentadbiran negeri Selangor di bawah Pakatan Haram , tolonglah luluskan segera pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2. Mungkin masalah air tak nampak sekarang, tapi apa pula akan berlaku dalam tempoh beberapa tahun . Pelabur -pelabur luar sedang memerhati samada untuk meneruskan pelaburan di Malaysia atau tidak dengan mengambilkira kemampuan kerajaan menyediakan kemudahan2 asas bagi mereka menjalankan operasi di sini . Kerajaan PR Selangor perlu sedar bahawa mereka sekarang mempunyai kuasa untuk mengelakkan bencana krisis air ni dari berlaku . Sekiranya masih tetap dengan sentimen politik , dikhuatiri segalanya terlambat bila krisis ini benar2 berlaku . Dan rakyat akan ingat sampai bila2 puak PR dalam Pakatan Haram ni yang menyebabkan krisis ni berlaku ! Tindak balas berantai bagi krisis kekurangan air sama hebatnya tindak balas nuklear yang menyebabkan negara ini dalam bencana yang besar. Cuba fikir sektor2 yang bakal terjejas dengna krisis air ini , dan apabila sektor ni terjejas apa pula kesannya pada masyarakat dan seterusnya ekonomi dan pembangunan negara ! Stop the politik , cepat2kan pembinaan loji air Langat2 tu ... orang2 teknikal dah cakap memang tak cukup, orang politik sebelah pembangkang ja cakap cukup. Ptuihhh

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu