Thursday, June 14, 2012

Kerajaan PR Selangor Lebih Pentingkan Jejantas ke Rumah Ibadat berbanding Jambatan ke Sekolah ?

Hari ni terbaca satu laporan di portal media tempatan mengenai nasib malang penduduk di PPR Lembah Subang .  Kalau dibaca laporan tu,nampak banyak benar masalah penduduk di kawasan ini akibat dari angkara MBPJ sendiri. Satu hal yang menarik perhatian aku ialah berkenaan keperluan jambatan menyeberangi sungai dari kawasan PPR Lembah Subang ke sekolah yang berhampiran. Aku pakai Google Earth tengok lokasi sekolah dan kawasan perumahan PPR Subang. Pelajar sekolah yang tinggal di PPR Lembah Subang terpaksa melalui jarak perjalanan yang jauh untuk sampai ke sekolah.


Walau bagaimanapun masalah ni dijangka bakal berakhir apabila kerajaan pusat telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi pembinaan jambatan ini. Namun menurut penduduk setempat,kerajaan negeri seolah olah melambatkan pemberian kelulusan bagi pembinaan jambatan.  Senario sebegini hampir sama dengan apa yang berlaku untuk projek pembinaan loji rawatan air langat 2. Dilihat kerajaan negeri Selangor seolah-olah tidak memperdulikan kebajikan rakyat apabila sengaja melambat lambatkan projek dari kerajaan persekutuan. Mungkinkah banyak lagi projek kerajaan persekutuan di negeri Selangor menghadapi masalah yang sama?



Cuba perhatikan gambar pertama diatas, perumahan penduduk dan sekolah amat hampir namun kerana ketiadaan jambatan pelajar yang tinggal di PPR Lembah Subang terpaksa membuat satu pusingan yang amat jauh untuk sampai ke sekolah . Ini sudah semestinya menyusahkan ibu bapa kerana terpaksa menggunakan lebih wang ringgit untuk tujuan pengangkutan . Apa yang mengecewakan sekarang ialah peruntukan semua dah ada untuk pembinaan jambatan tapi kerajaan negeri Selangor pulak tak bagi 'green' light . Kes jambatan ni buat aku teringat mengenai usaha YB DAP Hannah Yeoh mengumpulkan dana bagi membina jejantas khas untuk penganut Buddhist dari SS14 untuk menyeberang ke rumah ibadat Buddha di seberang jalan.



Hal mengenai jejantas ini pernah aku ceritakan sebelum ini, klik (sumber) untuk maklumat lanjut. Apabila membandingkan kedua-dua situasi ini, aku berasa agak pelik kerana kerajaan Selangor susah untuk memberi kelulusan bagi pembinaan jambatan ke sekolah dimana pelajar berulang-alik hampir setiap hari , namun dengan mudah memberi kelulusan pembinaan jejantas di Subang Jaya khas untuk penganut Buddha dan Hindu menghadiri upacara keagamaan mereka di Subang Jaya Buddhist Association and Sri Vartaraja Perumal , dan adakah upacara ini dilakukan sekerap hari persekolahan ?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu