Friday, June 22, 2012

Isu Air Selangor & Lembah Klang : NGO Perlu Bergabung dan Bergerak Sekarang !

Dah bermacam-macam demonstrasi yang diadakan tahun ni, apa salahnya kalau diadakan satu lagi demonstrasi aman . Demonstrasi kali ni sebenarnya lebih melibatkan survival penduduk-penduduk di Selangor dan sekitar Lembah Kelang dalam beberapa tahun yang mendatang . Adakah rakyat Selangor dan Lembah Kelang sedar yang kita ni bakal menghadapi krisis air yang sangat serius kalau kerajaan Selangor masih sambil lewa dengan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Ramai yang akan terjejas disebabkan oleh kekurangan air yang bersih . Macam mana bisness nak jalan kalau air tak cukup ? Penduduk Lembah Kelang dan Selangor ni bukan makin sedikit dari tahun ke tahun malah bertambah . Bila bertambah maksudnya permintaan air bersih makin meningkat . Loji2 air yang ada sekarang ni beroperasi pada tahap yang paling optimum sebab nak sediakan air yang bersih ni . Tapi sampai bila loji2 ni boleh bertahan ? Kereta yang baru pun akan lingkup kalau dilenjan secara konsisten dari hari ke hari !



Oleh itu aku harap , NGO-NGO yang ada di Selangor ni baik yang pro atau menentang kerajaan untuk bekerjasamaa mendesak kerajaan Selangor cari penyelesaian untuk menghadapi krisis air ni . Kalau kerajaan Selangor tak nak teruskan loji Langat 2 , mereka patut bagi penyelesaian lain . Masa sedang berlalu tapi jalan penyelesaian tak ada . Berforum ke hulu ke hilir memang tak akan menyelesaikan masalah , rakyat nakkan penyelesaian atau rakyat dah terlupa dengan kepayahan yang dilalui semasa krisis air tahun 97-98 dahulu ?

NGO2 seperti GAPS patut menggerakkan bantahan ini , libatkan seberapa banyak NGO2 lain yang mahu bekerjasama . Peniaga-peniaga yang mungkin pendapatan mereka terjejas akibat krisis air patut diberi kesedaran ! Desakan sebegini harus dilakukan atau kerajaan negeri akan menganggap rakyat tidak memandang serius . NGO2 ini patut sebarkan maklumat mengenai krisis air yang bakal melanda ini kepada semua golongan dan lapisan rakyat . Rakyat perlu diberikan kesedaran tentang hal ini .

Cerita2 mengenai isu air diharapkan tak habis di blog2 dan suratkhabar saja . Risalaah kesedaran ini perlu disebarkan secara total ! Ini dah jadi isu pembangunan negara dan bukan lagi politik . Mahal atau tidak tarif air , penyelesaian segera harus dicari . Jangan hanya kerana kerajaan PR Selangor 'takut' rakyat membayar air pada harga yang mahal mereka sanggup memperjudikan pulak nasib rakyat . At the end of the day , rakyat cuma nak air yang bersih ada bila pili paip dibuka .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu