Wednesday, June 6, 2012

Gempar !!! Rafizi buat U-turn dan mahu PTPTN diteruskan !

Pelik aku dengan 'press statement' si Rafizi jambu hari ini berkenaan PTPTN . Dalam laporan yang dikeluarkan oleh portal Malaysiakini , Rafizi meminta Khaled supaya berhenti jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi sekiranya 'loan' PTPTN terhadap pelajar-pelajar UNISEL dihentikan . Menarik sekali , kalau dilihat dalam debat yang lepas bukan main berapi lagi Rafizi dengan hujahnya bersetuju penghapusan pinjaman PTPTN kerana dikhuatiri menjadikan pelajar berhutang apabila berada dalam dunia pekerjaan kelak . Nah .. sekarang Khaled Nordin sebagai Menteri Pengajian Tinggi dah bagi peluang untuk pelajar2 UNISEL 'bebas' dari cengkaman hutang .


Kenapa tak direbut saja peluang itu ? Dan si Rafizi pulak terkumat kamit tak bersetuju dalam 'press conference' tadi . Apa masalahnya ? Peluang dah diberi , dan UNISEL patut berbangga kerana dipilih untuk memulakan revolusi pendidikan tinggi tanpa PTPTN ni . Cuma kenapa ada U-turn pulak ? Sebab masa tak sesuai dan macam2 lagi ?? Pemimpin2 PKR ni kita kena tahu bila berjanji memang semua boleh , tapi bab melaksanakan memang fail . Cuba tengok manifesto PR di Selangor , berapa banyak janji yang mereka dah tunaikan ? Sewa rumah PPR yang asalnya RM 124 pun dinaikkan ke RM 250 , tekan orang miskin tu !

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu