Wednesday, June 20, 2012

'Game' Pakatan Haram 'spin' isu air

Melalui petikan portal Selangorku.com , MP Kuala Selangor , Dr.Dzulkifly berkata model 'holistik' kumpulan Pakatan Haram menunjukkan kenaikkan air hanya pada kadar 12% saja dan kalau pakai cara BN naik sampai 62% . Dr. Dzulkifly ni ingat sebab dia ada 'title' Dr mulut dia boleh suka hati ja sebut 'holistik' ke hulu 'holistik' ke hilir dengna menganggap orang yang mendengar ni bodoh2 belaka . Bercakap dengan menggunakan model itu dan ini memang la senang , tapi macam mana model 'holistik' tu dibentuk pun kena ambil kira (sumber) .



Ada macam2 penilaian dan pemberat yang perlu diambil kira , model 'holistik' tu dibuat oleh Pakatan Haram jadi tak hairan la model tu nampak hebat pada mereka . Sekiranya model tu 'holistik' tu dibuat oleh pakar2 dari BN pula dah tentunya perkara yang sama berlaku . Pembentukan model sebegini kalau betul2 nak adil perlu melibatkan pakar-pakar dari kedua-dua belah pihak supaya pemberat dan justifikasi2 yang lain dinilai secara lebih adil .

Dr. Dzul juga membidas dengan mengatakan usaha pengstrukturan semula tu bukan lah idea baru . Nampak tak macammana  Dr. ni 'spin' ? Sebenarnya pengstrukturan semula air dah diusahakan sejak zaman BN lagi dicetuskan oleh Menteri KeTTha masa tu Dr. Lim Keng Yaik, kalau tak percaya boleh cari Wikipedia atau kenyataan akhbar yang lepas (sumber) . Pakatan Haram ni cuma ambik tuah dari usaha orang ... yang paling tak boleh belah , mengaku seolah-olah mereka yang berusaha untuk proses pengstrukturan air . Come on lah , walaupun Selangor diambil alih Pakatan Haram pada 2008 , pengstrukturan air tetap disokong oleh Kerajaan Pusat , malah Kerajaan Pusat siap untuk salurkan dana untuk kerajaan Selangor ambil alih syarikat2 konsesi . Tapi apa boleh buat , depa tak pandai berunding, tawaran yang dibuat ditolak oleh syarikat2 konsesi.

Lagi satu Dr. Dzul juga mengaku simpanan atau rizab air terawat di Selangor adalah pada kadar 20% . Aik hari tu kecoh kata 2.4% saja ? Lepas forum terus naik 20% ? Mana Dr. Dzul dapat fakta ni ? Dan MB Khalid juga pernah berkata reserve air terawat 2.4% boleh diselesaikan sekiranya NRW dikurang sehingga 10% dengan melantik 2 syarikat perunding antarabangsa.  Memang pening MB Khalid ni, macam mana NRW nak dikurang kalau duit CAPEX (concessionaire's capital expenditure) dibekukan oleh kerajaan negeri ? Kadar NRW tinggi sebab paip2 rosak dan lama tak digantikan , macam mana syarikat2 konsesi nak ganti kalau duit yang sepatutnya disalurkan untuk tujuan ni dah dibekukan (sumber) ? Nampak tak macam mana depa punya 'game' ? Kerajaan Pakatan Haram ni buat 'skrip' supaya mereka boleh salahkan orang lain .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu