Monday, June 25, 2012

Edisi Tersedak : 60 tahun baru boleh keluar akaun 1 KWSP !

Come on lah... takkan lah umur dah 60 tahun baru boleh keluar akaun 1 ? Akaun 2 tu silap hari bulan dah kering masa umur 50 tahun . Tak semua orang boleh sihat walafiat macam Tun Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim walau dah cecah umur 60 tahun lebih . Ada yang umur 50 tahun dah start kena macam2 penyakit , entah iye entah tidak sempat nak merasa duit dari akaun 1 tu . Jadi saranan aku, pada yang berkenaan tolong lah 'kowtim' balik pengeluaran duit KWSP tu . Masa umur 50 tahun ni , ramai orang dah buat planning itu ini , nak bisnes , melancong dan sebagainya . Kapital kena ada kalau nak buat itu ini , almaklumlah dah penat bekerja hingga umur 50 tahun , takkan nak tambah lagi 10 tahun ?


Aku faham, government perlu 'cash flow' untuk pembangunan negara dan perlu pinjam dengan KWSP untuk elak pinjam dari luar negara. Tapi mungkin boleh dikaji balik, orang yang pendapatan tak seberapa ni tak perlu lah nak extend sampai 60 tahun bagai . Kuat kuasakan undang2 60 tahun ni pada orang2 yang 'confirm' dah ada harta dan simpanan lain yang berkepuk-kepuk . Orang2 yang kerja tak seberapa ni, contohnya macam 'pak guard' mungkin masa umur 50 tahun la mereka baru nak merasa hidup selasa sikit . Harapnya boleh 're-evaluate' peraturan pengeluaran KWSP umur 60 tahun ni . PRU dah nak dekat ni, awat nak biaq leher kena 'sembelih' ? Orang sebelah sana tunggu masa nak 'balun' je ni , asal ada isu depa 'spin' cukup2 .

3 comments:

Aku memang setuju sangat dengan statment ni..sebab aku pun memang pak guard, sekarang umur dah 49 tahun, dah ada penyakit. hepatitis c, tiroid, dan karang hempedu. anak2 masih kecik2. kalau lah nak kena tunggu sampai umur 60 tahun alamat aku tak merasa la duit penat lelah aku. Aku sekarang dah sejuk hati sikit dengan gomen tapi kalau dok buat tindakan boleh memanaskan hati macam ni aku boleh ajak suku sakat aku pangkah pr sebab aku ni pengundi atas pagar tak taksub dengan mana2 parti pun.

cuba hangpa search tengok pasai epf umur 60 ni, 99.9999% orang tak setuju, habih tu dok buat orang marah tak pasai-pasai populariti gomen menjunam.. kensel je la umog 60 tu, kekalkan 55.

sy s.tuju tu s.krg org seng mati x sampi umur 60 pn da ada sakit juga nie kn plak kena tgu umur 60 bru blh ambik tu kn duit kita .yg penat kita b.kerja sampi le kita x blh kerja .kita ada hak utk ambik .tpi npe x blh ambik dgn masa yg ada .

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu