Thursday, June 21, 2012

Bidaan untuk nombor plat PKR tak dapat sambutan, petanda buruk bagi Pakatan ?

Nombor plate PKR1 berjaya dibida dengan harga RM99,555 di Penang oleh seorang ahli perniagaan. Walau bagaimanapun nama lelaki yang berjaya dalam bidaan itu tak didedahkan . Harga paling rendah dalam bidaan ialah RM40,000 . Maklumat dari JPJ mengatakan terdapat 623 bidaan untuk nombor plat PKR dan dalam jumlah itu hanya 384 yang berjaya.


Timbalan Ketua Menteri Penang, Datuk Mansor Othman pada bulan lepas telah menyatakan beberapa pemimpin parti PKR telah menunjukkan minat untuk mendapatkan nombor plat PKR . Beliau sendiri telah membida nombor plat PKR yang dirasakan sesuai .

Bidaan untuk nombor plat PKR telah bermula pada 21 May dan berakhir pada 4 June 2012 . Beberapa nombor plat yang 'panas' selain PKR 1 ialah PKR 8 yang akhirnyaa diperoleh dengan harga RM33,800.  Beberapa plat nombor yang lain yang mendapat bidaan yang tinggi ialah PKR3 (RM50,000) , PKR5 (RM28,000) ,PKR2 (RM23,200) . Menariknya , bidaan untuk nombor plat PKR tak berapa mendapat sambutan berbanding nombor plat MCA dan WWW . Mungkin majoriti rakyat malu nak guna nombor plat yang bemula dengan huruf P.K.R ? Malanglah orang dari parti Barisan Nasional di Penang yang terpaksa mendaftarkan kereta baru mereka dengan nombor plat P.K.R .

1 comments:

Saudara-saudara dan Saudari-saudari yang di hormati
Untuk keadilan dan martabat Buddhist, (Maruah Sami Buddhist dan Kuil SAMNAK SAMBODHI) Kami Ahli Parti Keadilan Rakyat tetap akan memberi segala pertolongan bagi mempertahankan, sekiranya Peguam Yip Kum Fook, MCA Pengerusi Gombak terus kacau Sami Buddha atau cuba memusnahkan kebudayaan Buddhist dengan kurang ajar

Ladies and gentlemen are in respect
For justice and values Buddhist, (dignity of monks and the Buddhist Temple of SAMNAK SAMBODHI) We the People's Justice Parti Keadilan Rakyat will continue to give all help to preserve, suppose that lawyer Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman continues to disturbs Buddhist monks or try to destroy Buddhist culture with disrespectful

为了正义和佛教的尊严,(佛教僧侣和佛寺的荣誉SAMNAK SAMBODHI),我们人民公正党将提供一切帮助保卫,如果马华公会鸱唛区主席叶金福律师(Yip Kum Fook, MCA Gombak) 继续无耻的凌乱僧侣或试图摧毁佛教的文化

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu